ASSALAMUALAIKUM
syukur alhamdulillah.
Saya sebenarnya nak memberikan pandangan politik di Malaysia yang kini semakin meruncing akibat kemarahan sesetengah kaum minoriti kepada kaum majoriti(melayu islam) sehingga mahu menolak kerajaan yang memerintah Malaysia hari ini.
Sejak anwar ibrahim keluar daripada penjara, anwar telah menaikkan api kemarahan kaum india dengan menubuhkan HINDRAF di kelang. dan menyatakan kepada kaum india ini " orang india harus bangkit daripada di tindas oleh orang melayu UMNO dan jangan membiarkan UMNO terus memerintah negara malaysia kerana banyak mengetepikan hak orang india" dengan kenyataan berbaur perkauman inilah orang2 india terus menentang kerajaan yang di pimpin oleh BARISAN NASIONAL dengan memilih parti PKR untuk berjuang. Saya kesal dengan anwar ibrahim kerana memainkan isu perkauman walaupun itu adalah satu taktik bagaimana untuk mencari sokongan dan undian daripada masyarakat di malaysia. Ia sebenarnya boleh mendatangkan suasana yang tidak baik kepada rakyat malaysia yang berbilang bangsa di Malaysia. Dan saya juga hairan mengapa kaum india percaya dengan kata-kata ibrahim ini kerana bagi saya, kaum india tidak di tindas oleh mana-mana pemimpin melayu sebelum ini. Ramai orang-orang india yang pandai berjaya di dalam kerjaya masing-masing. cuma orang india yang tidak mahu belajar sahaja yang mengalami kesusahan hidup. Takkan kerajaan nak carikan kerja kepada kaum india yang tidak habis di alam persekolahan?? takkan kerajaan nak tangung makan setiap hari kepada orang2 india yang tidak berjaya di dalam kehidupan mereka ini. kita sebagai insan yang mempunyai akal fikiran yang baik seharusnya memikirkan perkara ini dengan penuh rasional.
Orang melayu yang belajar tinggi sehingga ke peringkat teratas pun masih tidak mempunyai kerjaya yang baik. Mengapa perkara ini boleh terjadi? sikap memilih yang terlalu kuat dan hanya mampu berbangga dengan apa yang ada sehingga menyatakan orang lain buat tidak betul dan hanya diri sahaja yang betul di dalam menentukan sesebuah perkara. di dalam politik pun sama, tidak boleh melihat orang lain duduk di tempat yang teratas sehingga sanggup mengunakan fitnah dan sebagainya asalkan orang yang dia tak suka tak duduk di kerusi atas lagi. dalam UMNO , PAS dan PKR sama sahaja. tiada bezanya. Masing-masing berkelahi menyalahkan orang lain kerana tidak menjaga kepentingan bangsa sendiri. Tapi hakikatnya pemimpin pemimpin ini hanya mencari kekayaan dan tidak mengisahkan nasib orang yang berada di bawah. sebab itulah semakin lama kepimpinan melayu hari ini semakinn tenggelam di arus zaman. orang melayu semakin melupakan sejarah dan hanya berbangga dengan sejarah lampau. mempercayai dakyah kepimpinan kaum lain daripada mempercayai bangsanya sendiri.
kita lihat orang cina. mengapa mereka boleh bersatu di dalam menjaga kepentingan kaum mereka? di dalam kerajaan MCA dan GERAKAN membawa suara kaum cina... tetapi apabila kerajaan pembangkang semakin berpeluang untuk menerajui negara, orang cina mula bertukar kepada parti DAP untuk terus membawa suara kaum ini di dalam kerajaan. Orang cina juga sedar bahawa di dalam kerajaan pembangkang, kaum ini akan diberikan peluang untuk menduduki kerusi no 1 dan 2 kerajaan pada masa akan datang. semestinya menteri menteri kanan malaysia akan di monopoli oleh kaum cina ini bagi terus memajukan ekonomi kaum mereka.
adakah kita sangat pasti jika dengan tukarnya kerajaan harga sesuatu barang akan diturunkan semula? adakah dengan kekurangan bekalan minyak dunia harga minyak juga dapat diturunkan? orang2 islam harus berfikir semula... di akhir zaman nanti dunia akan kehabisan minyak... ini adalah realiti !!! dan kita pandang pada sudut ekonomi pulak... apabila sesuatu barang itu berkurangan dan permintaannya meningkat secara tidak lansung harganya akan melambung naik. ini adalah sifir yang sangat mudah ! kita sebagai orang islam harus sedar kita di ambang penghujung akhir zaman. dengan pelbagai bencana yang diluar kotak pemikiran manusia telah berlaku di depan mata.
bersatulah semua untuk terus mempertahankan kerajaan malaysia yang ada... dan bersamalah kita mendoakan dua parti terbesar orang melayu UMNO dan PAS bersatu di bawah payung islam... insyaallah dengan gabungan 2 parti ini pastinya hak orang melayu islam terus terjamin di malaysia.
INSAN YANG MENGHARAP
NURKILAN WAN MOTOR
SALAM 1MALAYSIA KAHERAH
