Sejak saya berada di Kaherah Mesir ni pelbagai-pelbagai watak saya telah jumpa. Pelbagai karenah juga saya temui di sini. Sebelum saya ke sini saya ingatkan orang di negara Mesir ni baik-baik semuanya... Tapi apa yang saya fikirkan itu semunya hilang !!
Tapi satu saya respect dengan sesetengah orang tempatan nih, sebab diorang bila sholat tak kira di mana... ada yang tepi jalanraya, di tempat kerja ataupun kat mana-manalah yang sesuai bagi diorang nih nak sholat. Kat Malaysia susah nak jumpa orang-orang mcm ni bila melakukan sholat.
Tapi ada satu lagi yang saya tak berapa berkenan di sini. Orang-orang yang berimejkan ALIM dan WARAK ni tak kiralah lelaki ke perempuan yang suka sangat menipu dan mengumpat orang lain. Paling tak tahan tu FITNAH pun depa buat kadang-kadang. Tak pahamlah apa pendirian dan pahaman agama depa nih sampai melakukan perkara sedemikian tanpa memikirkan nasibnya di akhirat kelak.
Nak kata Ajarat sesat tu tak pula !! tapi seolah-olah golongan ini boleh melakukan apa sahaja terhadap orang lain yang tidak menyukai mereka. Melakukan sesuatu dengan sesuka hati mereka sahaja. haish...
Ada satu golongan lagi yang saya tak berapa berkenan ni. Orang yang suka mengambil hak orang lain tetapi mengunakan tipu helah dan mengunakan ayat suci Al-Quran bagi orang lain mempercayai apa yang dia kata.. Sudahlah menumpang tanpa membayar apa-apa tuan empunya rumah pula dikatakan ZALIM. hehehe. tak tahulah sebenarnya berapa tebal muka puak-puak tak tahu malu ni..
Apa-apa pun saya cukup kagum dengan pelajar malaysia di sini yang mempunyai fikiran terbuka dari segala bab dan boleh menerima nasihat serta mematuhi peraturan tidak kira di mana sahaja.
Mungkin apa yang terjadi di hadapan mata saya hari ini adalah pengajaran untuk saya di dalam meneruskan kehidupan. saya cuma boleh mendoakan agar orang-orang ini segeralah kembali kepada jalan yang benar. Maksud saya, tidak melakukan FITNAH, MENYEBARKAN BERITA BURUK, MENGUMPAT dan MENIPU.
ALLAH MAHA MENGETAHUI ...
Nukilan Wan Motor
