Monday, 20 June 2011

KELEBIHAN SURAH AL-MULK

Assalamualaikum

pagi ini saya nak berkongsi sedikit sumber pengatahuan kepada rakan2 saya di blog tentang kelebihan membaca surah AL MULK.

KELEBIHAN SURAH AL-MULK 


1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

 2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur." 

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya." 

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur." 

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir. 

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga." 

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga." 

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk." 

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka." 

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf." 

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk." 

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk." Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."


nurkilan wan motor


Aktiviti mahasiswa akan bergerak aktif selepas peperiksaan akhir tahun bermula dengan "sukan bowling"

Assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah syukur saya kepada Allah kerana dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Saya selaku Pen. Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir ingin memberikan satu perkara yang mungkin memberikan mahasiswa sedikit kegembiraan. ianya adalah berkaitan dengan aktiviti pelajar melaka di sini.

Saya sedang membuat satu kertas kerja untuk diserahkan kepada ketua pegawai negeri melaka Ust. Anwar bin Idris tentang " pertandingan sukan bowling " anak - anak melaka. Saya mengharapkan semua mahasiswa melaka dapat memberikan kerjasama yang baik di dalam program yang dijalankan oleh pegawai kerajaan negeri.

Selain untuk merapatkan siratulrahim diantara mahasiswa dengan pegawai , saya sebenarnya mahu mahasiswa melaka tidak menghadapi stres yang tinggi selepas menamatkan peperiksaan akhir tahun yang sedang berlansung sekarang.

saya sekali mendoakan agar mahasiswa anak melaka tenang di dalam menjawab soalan2 di dalam peperiksaan akhir tahun yang sedang berlansung. 

nurkilan wan motor


Saturday, 18 June 2011

BERSIH yang "tidak bersih"





BERSIH di pengerusikan oleh ambiga seorang peguam bela anti-islam yang mengadakan himpunan haram akan menjadikan tempat pentempuran di antara orang melayu islam sesama sendiri. dengan bantahan yang telah dibuat oleh banyak NGO melayu kepada BERSIH ini. nampaknya permainan politik DAP terus berjalan dengan lancar bagi mengucar kacirkan keharmonian masyarakat di malaysia serta mahu melihat orang melayu islam terus bermusuhan di antara satu dengan yang lain... sudah terang2 PENGERUSI BERSIH ini adalah peguam yang mempertahankan kes2 murtad di malaysia mengapa masih ramai orang melayu menjadi pengikut kepada orang ini.... kenapa terus bekerjasama dengan orang yang menentang agama islam.... dahsyatnya orang-orang melayu pembangkang di malaysia... kita bukan tidak mengenali siapa AMBIGA kita bukan tidak mengerti apa yang terkandung di dalam tuntutan 14 perkara di dalam ISU SURUHANJAYA BERAGAMA kepada kerajaan... kenapa orang melayu islam di dalam pembangkang masih buat2 tidak tahu siapakah AMBIGA dan apa yang terkandung di dalam tuntutan IFC berkenaan.

mengapa orang melayu pembangkang sanggup diperalatkan oleh kaum lain sedangkan di dalam ISLAM tidak tertulis bahasa umat islam harus menjadi penentang kepada pemimpin islam yang lain. mengapa dari PRU12 banyak perkara-perkara yang di luar jangkaan boleh berlaku dan semuanya yang dilakukan itu adalah melayu islam pembangkang... mengapa bukan INDIA atau CINA... ? perhimpunan HARAM sebelum2 ini semuanya melibatkan melayu islam dari pembangkang sahaja.. untuk apa semua ini dilakukan? apa yang boleh mereka dapat dari melakukan demontrasi HARAM ini? selain daripada merosakkan harta awam, menganggu perniagaan orang lain, menganggu orang awam yang mahu mengunakan jalanraya dan banyak lagi.adakah melayu islam di dalam pembangkang merasa GAH dengan tindakkan mereka ini... memakai kopiah dan bertempik di jalanan untuk memuaskan hati sehingga tangungjawab sebagai seorang hamba yang sepatutnya berpesan2 untuk melakukan perkara yang baik dan menghindarkan perkara yang mungkar tidak di lakukan... ini adalah bercanggah dengan konsep ISLAM yang selama ini di dukung oleh parti PAS kerana ISLAM tidak mengajar agar umatnya melakukan sesuatu perkara yang boleh menimbulkan perkara yang buruk. dan saya juga akan menjangkakan bahawa perhimpunan ini akan melibatkan pelajar sekolah2 pondok atau tahfiz2 milik pembangkang... dan seperti yang berlaku di dalam mana2 program dianjurkan oleh pembangkang . anak2 kecil ini di peralatkan seperti hamba oleh mereka yang berkepentingan... kepada pihak berwajib... ambil tindakkan undang2 yang sangat keras kepada mereka yang tidak mengikut undang2 di malaysia... undang2 di malaysia pun tak boleh nak ikut apatah lagi undang2 yang lain.. hmm....ya Allah, bukakan hati mereka ini agar tidak mengikut telunjuk orang kafir untuk menjatuhkan orang islam sendiri.. amin..

"SELAMAT HARI BAPA"

ASSALAMUALAIKUM

alhamdulillah... kerna hari ini saya dapat meneruskan kehidupan dan menjalankan tugas di kaherah..

sempena "hari bapa" saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ayah saya ABU SAMAH kerana telah membesarkan dan juga mendidik saya dari kecil sehinggalah saya dewasa ini. Syukur kepada Allah kerana telah memberikan rezeki yang tidak putus-putus kepada keluarga saya untuk ayah dan ibu saya untuk membesarkan saya. alhamdulillah.

Saya mendoakan ayah saya agar diberikan perlindungan oleh Allah taala dari segala fitnah dan tipu daya syaitan yang di rejam. dan semoga apa yang dilakukan olehnya di berikati oleh Allah taala... saya bersyukur kerana saya dari kecil selalu di bantai di pukul dan di maki tetapi akhirnya saya menjadi seorang insan yang dapat memberikan perkhidmatan kepada masyarakat amnya pelajar.

walaupun ayah seorang yang garang, namun ayah adalah seorang yang sentiasa mahukan anaknya menjadi orang yang disiplin dan mahu anak2nya pandai hidup berdikari..

AYAH... wan sayang ayah hingga akhir hayat...

alhamdulillah...

nurkilan wan motor.


Friday, 17 June 2011

Membalas kenyataan YDP PAS Jasin mengenai pertikaian dua pegawai HEP Melaka Mesir yang baru

Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya dapat kita meneruskan kehidupan sehingga ke hari ini bagi meneruskan tangungjawab kita sebagai seorang hambanya.

Hari ini saya ingin menjawab kenyataan yang telah di buat oleh YDP PAS JASIN berhubung kerajaan negeri Melaka "Membazirkan Wang Rakyat" dengan menambah Pembantu Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Kaherah. Seperti yang tertulis di dalam blogspotnya 


Di sini saya ingin menerangkan beberapa sebab mengapa kerajaan Negeri Melaka menambah bilangan Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan ke Mesir. Selepas OPS Piramid yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk tujuan membawa pulang semua Mahasiswa Malaysia yang belajar di Mesir, Kerajaan Negeri Melaka telah mencadangkan untuk menambah dua lagi pembantu pegawai untuk mempertingkatkan lagi kualiti keselamatan keselesaan dan kebajikan mahasiswa anak melaka.

Selain itu, sejak penubuhan persatuan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka(IMAM) banyak penentangan yang telah dilakukan oleh beberapa mahasiswa yang tidak menyokong dengan tindakkan kerajaan Negeri Melaka. Tindakkan tidak mengiktiraf persatuan lama iaitu Badan Kebajikan Keluarga Islam Mahasiswa Melaka (BKKIMM) telah memberikan tamparan yang begitu hebat kepada persatuan yang telah lama ditubuhkan ini. Boikot memboikot sesebuah program yang dianjurkan oleh IMAM kerap dilakukan oleh beberapa ahli BKKIMM yang agresif ini. Kekecohan berlaku juga adalah sebelum kedatangan dua pembantu pegawai ini. kenyaataan KAMARUDIN SIDEK yang berbunyi "Cuma yang mula kecoh ni selepas ada pegawai. Sebabnya adalah datang ke Mesir adalah atas tujuan kembangkan pengaruh politik" . Ini adalah satu tuduhan yang amat liar yang dikeluarkan oleh seorang YDP PAS daerah Jasin.  

Sepatutnya KAMARUDIN SIDEK ini perlu datang ke sini bagi melihat apa yang sebenarnya berlaku dan bukan mendengar daripada maklumat-maklumat rambang yang diterimanya oleh pelajar yang di "BELA"nya di sini.Dua pembantu pegawai hadir di sini bagi menjaga kebajikan setiap mahasiswa yang menghadapi masalah tentang pembelajaran mereka di sini. Bukan hadir di sini untuk mengembangkan pengaruh politik seperti yang dikatakan oleh KAMARUDIN SIDEK.

KAMARUDIN SIDEK mempertikaikan kerajaan negeri Melaka menghantar dua orang pegawai baru, tetapi adakah YDP PAS Jasin ini memikirkan tentang kebajikan mahasiswa anak melaka yang berada jauh daripada Malaysia. Jika benar KAMARUDIN SIDEK ini memikirkan tentang kebajikan anak melaka mengapa perlu di pertikai keputusan kerajaan Negeri Melaka ini. Sedangkan mahasiswa perlu diberikan perhatian dan pembelaan dan bukan diberikan dakwah yang tidak benar dan fitnah ini. Sengaja mahu memburukkan kerajaan Negeri Melaka dengan kenyataannya yang membabi buta supaya mahasiswa melaka terus memberikan penentangan seterusnya memboikot persatuan yang di iktiraf oleh kerajaan Negeri Melaka iaitu IMAM.

KAMARUDIN SIDEK sebenarnya sengaja mahu mempolitikkan krisis yang dialami oleh mahasiswa anak melaka yang kini sudah menjadi dua persatuan. Seperti apa yang dimahukan oleh kerajaan negeri, anak-anak melaka tidak disarankan untuk berpayung di bawah Persatuan Melayu Republic Arab Malaysia kerana itulah kerajaan telah menubuhkan IMAM ini. PMRAM juga sedang mencampuri urusan kerajaan Negeri Melaka sedangkan persatuan ini tidak di iktiraf oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.

"Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasihani, saya tidak pernah menyuruh atau memaksa mahasiswa anak melaka di kaherah mesir untuk masuk seterusnya menyokong UMNO. Hadirnya saya di sini adalah lantikkan yang telah di berikan kepada saya untuk merasionalkan pemikiran mahasiswa dan menyatukan mahasiswa anak melaka di sini. Kenyataan yang di keluarkan oleh YDP PAS Jasin ini sesungguhnya fitnah semata mata untuk menjatuhkan umat islam lain. Selain itu, perbuatan KAMARUDIN SIDEK mempertikai rezeki yang diberikan oleh Allah taala kepada hamba di muka bumi ini adalah sangat di cegah oleh agama islam. Ini adalah satu perbuatan yang amat jahat dilakukan oleh bekas ketua dewan pemuda ulama pas melaka. Saya mendoakan agar Allah memberikan rahmat dan hidayah kepada YDP PAS Jasin ini untuk segara bertaubat dan hentikan fitnah serta menjaja cerita buruk mengenai kerajaan Negeri Melaka yang sememangnya menjaga kebajikan rakyat." 

"Pesanan kepada YDP PAS Jasin. Bercakap biarlah berfikir mengunakan akal yang dianugerahkan oleh ALLAH taala dan jangan sesekali mengunakan kepala lutut. Apa yang kamu cakap semuanya tidak benar sama sekali dan kamu bukan berada di kaherah mesir."

SIRI 1

nurkilan wan motor..




Wednesday, 8 June 2011

Makan dengan ketua Pegawai Melaka dan Pegawai Kedutaan malaysia.

assalamualaikum

syukur alhamdulillah.

semalam sebenarnya saya ikut ketua pegawai melaka ke ARMA untuk masuk di dalam mesyuarat ketua ketua pagawai kerajaan negeri bersama dengan pegawai Education Malaysia Egypt bagi menubuhkan seketeriat rumah2 kerajaan negeri.

lepas p mesyuarat tu Ust Ibrahim dan saya membawa ketua pegawai dan seorang pegawai EME Ust khairi jamaludin ke baitulhasanah untuk menjamu selera.. 





alhamdulillah.. 

baitulhasanah ni sebenarnya di huni oleh anak2 yatim daripada malaysia... mereka di sini selain membantu untuk menguruskan kedai makan mereka juga mengambil kelas bahasa arab dan belajar di beberapa tempat agama di sini ... syukur alhamdulillah. ada juga yang prihatin terhadap anak anak yatim ini.

semoga Allah merahmati pemilik kedai ini dan dberikan rezeki yang melimpah ganda kepadanya kerana membantu anak anak yatim ini untuk terus hidup dan belajar agama..

alhamdulillah.

nurkilan wan motor.

Monday, 6 June 2011

Inilah bilik bujang saya di mesir.

Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur kepada Allah taala...

haa... hari ini saya nak tunjukkan gambar bilik bujang saya yang bersepah... haha




ni keadaan dapur rumah...


ni keadaan tempat basuh muka... hihhi.. mesin basuh tu hanya buat hiasan semata mata...


haha... sebenarnya takde idea nak cantikkan bilik ni... yelah... tak lama lagi bini nak datang mesir... nak kena pindah rumah lagi... hhuhuhu... tu yang umah mcm ni... tak berkemas....

Saturday, 4 June 2011

LEGA RASANYA ~ ~ ~

ASSALAMUALAIKUM

Syukur alhamdulillah

tadi isteri saya ada memberitahu yang kad bank saya dah sampai kat tangan dia.. syukur alhamdulillah... dan dia pun dah bagikan pada orang mak 1k dan ayah 1k untuk bulan ke 2 gaji saya... 

saya rasa sangat bertuah sangat sebab dapat membantu meringankan perbelanjaan isi rumah kedua orang tua saya. Selama ini, mereka terlalu banyak sangat membantu saya. Sekarang saya mahu membantu mereka berdua selagi mereka masih ada. walaupun mereka jauh saya berangapan mereka terlalu dekat dengan saya... dan tidak sesekali saya akan lupakan mereka yang selama ini mendidik saya dan membesarkan saya dengan penuh kasih sayang.

LOVE U MAK
LOVE U AYAH

nurkilan wan motor


Tertutup Pintu Kerajaan Perpaduan

ASSALAMUALAIKUM

Syukur alhamdulillah...

Muktamar PARTI PAS baru baru ini menunjukkan dan memperlihatkan barisan kepimpinan yang baru dan juga menutup segala ruang untuk perlaksanaan kerajaan perpaduan dengan timb presiden pas sebelum ini ustaz nasarudin gagal mempertahankan jawatannya yang kalah kepada mat sabu.

kekalahan nasarudin mat isa membuktikan bertapa kerasnya ahli pas untuk bersatu untuk melakukan gabungan 2 parti terbesar di dalam negara malaysia. selepas kemenangan mat sabu. keatas nasarudin saya terdengar satu ayat yang tidak sepatutnya keluar dari pemimpin tertinggi pas ini iaitu " kita tidak berkompromi dan akan melawan musuh kita iaitu UMNO " Masyaallah... apakah kita di ajar untuk bermusuh dengan sesama islam sendiri?

di dalam al quran pun kita tidak di ajar untuk melakukan permusuhan di antara agama lain apatah lagi dengan umat islam itu sendiri. adakah dengan permusuhan ini dapat kita dapat merialisasikan sebuah negara islam yang harmoni? adakah ini yang diajarkan ulama tertinggi di dalam parti pas untuk bermusuh musuh dengan orang yang menganut agama islam yang lain. adakah pemahaman syiah sudah menular di dalam perjuangan parti pas sehingga terlalu agresif menuduh orang lain yang tidak menyokong pas adalah kafir dan layak untuk dibunuh dan juga sebagainya.

Allah memberikan kita akal fikiran untuk kita dibezakan dengan binatang. kerana binatang tidak mempunyai akal dan hanya diberikan otak sahaja. tetapi mengapa binatang lebih bijak daripada sesetengah manusia yang mempunyai akal fikiran. Allah maha kuasa, Allah maha kaya, Allah maha bijaksana. Allah mahu manusia itu berfikir tentang kekuasaan Allah taala. 

Sebenarnya penyatuan dua parti terbesar ini sangat penting untuk terus mengekalkan hak ketuanan melayu itu sendiri seterusnya dapat kita bersama menuju ke arah pembentukkan negara islam mutlak. Jika ahli2 PAS terus berdegil untuk tidak mahu bersatu dengan UMNO di bawah payung islam , saya rasa ISLAM tidak akanada maruahnya lagi kerana DAP hanya tinggal untuk memijak kita...

DAP anti ISLAM
DAP anti MELAYU
DAP MCA GERAKKAN sama sahaja

kristian yang berbaik dengan yahudi adalah musuh mutlak umat islam.. kerana itu adalah tipu daya dajjal... kristian dan yahudi tidak pernah berbaik sejak 1400thun dahulu... tetapi kini mereka bersahabat bagi menjahanamkan umat islam di dunia...

renung2kan...

nurkilan wan motor


Friday, 3 June 2011

nak berikan pandangan politik malaysia

ASSALAMUALAIKUM

syukur alhamdulillah.

Saya sebenarnya nak memberikan pandangan politik di Malaysia yang kini semakin meruncing akibat kemarahan sesetengah kaum minoriti kepada kaum majoriti(melayu islam) sehingga mahu menolak kerajaan yang memerintah Malaysia hari ini.

Sejak anwar ibrahim keluar daripada penjara, anwar telah menaikkan api kemarahan kaum india dengan menubuhkan HINDRAF di kelang. dan menyatakan kepada kaum india ini " orang india harus bangkit daripada di tindas oleh orang melayu UMNO dan jangan membiarkan UMNO terus memerintah negara malaysia kerana banyak mengetepikan hak orang india" dengan kenyataan berbaur perkauman inilah orang2 india terus menentang kerajaan yang di pimpin oleh BARISAN NASIONAL dengan memilih parti PKR untuk berjuang. Saya kesal dengan anwar ibrahim kerana memainkan isu perkauman walaupun itu adalah satu taktik bagaimana untuk mencari sokongan dan undian daripada masyarakat di malaysia. Ia sebenarnya boleh mendatangkan suasana yang tidak baik kepada rakyat malaysia yang berbilang bangsa di Malaysia. Dan saya juga hairan mengapa kaum india percaya dengan kata-kata ibrahim ini kerana bagi saya, kaum india tidak di tindas oleh mana-mana pemimpin melayu sebelum ini. Ramai orang-orang india yang pandai berjaya di dalam kerjaya masing-masing. cuma orang india yang tidak mahu belajar sahaja yang mengalami kesusahan hidup. Takkan kerajaan nak carikan kerja kepada kaum india yang tidak habis di alam persekolahan?? takkan kerajaan nak tangung makan setiap hari kepada orang2 india yang tidak berjaya di dalam kehidupan mereka ini. kita sebagai insan yang mempunyai akal fikiran yang baik seharusnya memikirkan perkara ini dengan penuh rasional.

Orang melayu yang belajar tinggi sehingga ke peringkat teratas pun masih tidak mempunyai kerjaya yang baik.  Mengapa perkara ini boleh terjadi? sikap memilih yang terlalu kuat dan hanya mampu berbangga dengan apa yang ada sehingga menyatakan orang lain buat tidak betul dan hanya diri sahaja yang betul di dalam menentukan sesebuah perkara. di dalam politik pun sama, tidak boleh melihat orang lain duduk di tempat yang teratas sehingga sanggup mengunakan fitnah dan sebagainya asalkan orang yang dia tak suka tak duduk di kerusi atas lagi. dalam UMNO , PAS dan PKR sama sahaja. tiada bezanya. Masing-masing berkelahi menyalahkan orang lain kerana tidak menjaga kepentingan bangsa sendiri. Tapi hakikatnya pemimpin pemimpin ini hanya mencari kekayaan dan tidak mengisahkan nasib orang yang berada di bawah. sebab itulah semakin lama kepimpinan melayu hari ini semakinn tenggelam di arus zaman. orang melayu semakin melupakan sejarah dan hanya berbangga dengan sejarah lampau. mempercayai dakyah kepimpinan kaum lain daripada mempercayai bangsanya sendiri.

kita lihat orang cina. mengapa mereka boleh bersatu di dalam menjaga kepentingan kaum mereka? di dalam kerajaan MCA dan GERAKAN membawa suara kaum cina... tetapi apabila kerajaan pembangkang semakin berpeluang untuk menerajui negara, orang cina mula bertukar kepada parti DAP untuk terus membawa suara kaum ini di dalam kerajaan. Orang cina juga sedar bahawa di dalam kerajaan pembangkang, kaum ini akan diberikan peluang untuk menduduki kerusi no 1 dan 2 kerajaan pada masa akan datang. semestinya menteri menteri kanan malaysia akan di monopoli oleh kaum cina ini bagi terus memajukan ekonomi kaum mereka. 

adakah kita sangat pasti jika dengan tukarnya kerajaan harga sesuatu barang akan diturunkan semula? adakah dengan kekurangan bekalan minyak dunia harga minyak juga dapat diturunkan? orang2 islam harus berfikir semula... di akhir zaman nanti dunia akan kehabisan minyak... ini adalah realiti !!! dan kita pandang pada sudut ekonomi pulak... apabila sesuatu barang itu berkurangan dan permintaannya meningkat secara tidak lansung harganya akan melambung naik. ini adalah sifir yang sangat mudah ! kita sebagai orang islam harus sedar kita di ambang penghujung akhir zaman. dengan pelbagai bencana yang diluar kotak pemikiran manusia telah berlaku di depan mata. 

bersatulah semua untuk terus mempertahankan kerajaan malaysia yang ada... dan bersamalah kita mendoakan  dua parti terbesar orang melayu UMNO dan PAS bersatu di bawah payung islam... insyaallah dengan gabungan 2 parti ini pastinya hak orang melayu islam terus terjamin di malaysia. 

INSAN YANG MENGHARAP

NURKILAN WAN MOTOR

SALAM 1MALAYSIA KAHERAH








Thursday, 2 June 2011

bersatulah umat islam... kerana kemenangan islam sedang menunggu kita..

saya sebenarnya mempunyai satu cita2 yang sangat besar yang mahu di kongsikan bersama rakan2 saya... iaitu, untuk menyatupadukan bangsa melayu islam tidak mengira parti apa di malaysia. sebab bila diakhirat kelak kita tidak akan ditanya parti apakah kita sertai semasa didunia. marilah kita bermula dari sekarang untuk bersatu di bawah payung islam. kerana kemenangan islam itu pasti akan muncul dan bukannya melalui parti politik. kita bersatu dari peringkat bawah dan bersuara mengikut saluran yang benar. sebagai seorang yang berpelajaran kita tidak diajar untuk menentang arus perdana bagi menyampaikan sesuatu hasrat. baik jika sekiranya mahasiswa agama(kos agama) ataupun mahasiswa profesional(pelbagai bidang) bersatu untuk mendesak semua parti melayu islam di malaysia untuk bersatu mempertahankan hak-hak orang islam. penyatuan parti-parti melayu islam adalah satu detik untuk kita menuju kemenangan agama islam di negara malaysia. Ini bukanlah satu kenyataan yang rasis dan bukan untuk menakut2kan kaum beragama lain. kerana umat islam sudah diajar untuk menghormati kaum lain yang ada di bumi ini. penyebaran dakyah islam haruslah disampaikan secara berhemah dan bukan dengan cara yang agresif dengan menyampaikan cerita2 buruk dan sebagainya. orang muda harus bangkit di atas satu nama iaitu ISLAM untuk menyedarkan pemimpin2 parti politik yang berada di atas tidak kira UMNO, PAS dan sebahagian daripada parti PKR. saya melihat, semakin lama umat islam dimalaysia semakin agresif di dalam melakukan penyampaian dakyah yang tidak baik. dan kita yang dibawah sebenarnya banyak tertipu dengan lengok gaya pemimpin diatas dan akhirnya maruah agama islam itu sendiri tercalar dan perpecahan bangsa melayu beragama islam berpecahan dengan begitu teruk sekali. kita lihat satu contoh, di IPTS yang di monopoli oleh kaum minoriti cina. mereka begitu akrab dan saling membantu untuk berjaya didalam bidang yang mereka ceburi persatuan, politik dan sebagainya. mengapa bangsa melayu islam tidak menjadikan itu sebagai satu contoh? adakah kita mahu bangsa malayu islam terus menerus menjual maruah di dalam arus politik? kerana politik umat islam berpecah belah. kerana segelintir pemimpin kerajaan mahupun pembangkang mempunyai sikap yang tamak dan tidak memikirkan nasib orang lain yang di bawah sehingga menjadi mangsa kerakusannya ! kita yang dibawah pulak menjadi GILA dengan menuduh orang itu tidak mengamalkan islam orang ini tidak menjalankan hukum islam dan sebagainya... dan akhirnya dua2 sama 2x5... saling bercakaran dan saling bermusuh musahan.. sedangkan didalam al quran telah dijelaskan kekuatan umat islam itu adalah dengan BERSATU. tetapi mana perginya sikap rasionalisme kita ? yang bedemontrasi yang pergi buat kacau bilau dan sebagainya semuanya orang melayu islam !!! kita nampak tak kaum minoriti buat semua ini. mereka hanya memberikan dana untuk melaksanakan kekacauan di malaysia tetapi mereka tidak mengerahkan anak2 muda mereka ke jalanan. mereka hanya melihat di kaca tv dan mengatakan " hahaha ini olang melayu sangat bolo tau " kalau di malaysia ini ada lebih 20juta orang mempunyai pemikiran yang sama seperti saya, mungkin orang melayu islam akan kekal sentiasa memegang tampuk pemerintahan dan tidak akan adanya ugutan yang diberikan oleh kaum minoriti di malaysia. kerana apa mereka boleh mengugut kita? kerana ekonomi mereka sudah pegang. setiap bandar di malaysia semuanya kita dah berikan kepada mereka. yang tinggal hanya kampung2 sahaja... kecuali bandar2 yang 80% yang dihuni orang melayu islam. kita tidak sedar atau buat2 tidak sedar dengan perkara ini? masing2 menunding jari menyalahkan orang lain .. mengapa? adakah kita ini baik sangat sehingga kita nak menuduh orang lain melakukan kesalahan yang amat besar sehingga anak beranak kita menjadi mangsa? kita fikir secara waras. kita berpecah kerana pandangan politik. apa yang kita nak jawab di hadapan Allah yang esa di akhirat kelak dengan soalan "apa tugas kamu sebagai khalifah di muka bumi ini" ?? adakah kita nak menjawab "saya melakukan hasad dengki kepada orang lain kerana kekayaan yang dimiliki oleh nya.. dan menjatuhkan orang lain dengan fitnah yang kami lakukan " ... itukah jawapan kita nanti kita nak jawab? marilah kita semua bersatu dibawah payung islam.. bermula pada diri kita... kemenangan islam itu pasti akan datang... kita yang akan memenangkan islam ini dengan kita semuanya bersatu hati... 


Allahuakbar3x...


tiada tuhan selain Allah s.w.t


nurkilan wan motor

Wednesday, 1 June 2011

HARI INI SAYA DEMAM DI PERANTAUAN

assalamualaikum..

hari ini saya nak bgtaw yang saya demam. alhamdulillah... syukur kepada Allah kerana masih memberikan nafas kepada saya untuk meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun saya tidak beberapa sihat sedikit...

bila sakit ni mula la baru nak teringat orang yang jauh dari kita ni... mak ayah , istri , sahabat rapat dan orang yang mengenali saya. kalau mak saya tahu saya tengah sakit mahu tak tentu arah nanti dibuatnya... maklumla saya ni anak bongsu dia... dan paling rapat ngan mak... 

insyaallah demam ini akan sembuh, mungkin saya kurang minum air masak di sini agaknya. sebab di kaherah sekarang baru masuk musim panas. mungkin air dalam badan ni kena sejat agaknya.. 

syukurlah kepada Allah kerana memberikan peringatan kepada hambanya dengan memberikan kesakitan kecil(demam). dan saya masih boleh menaip ni pun satu anugerah Allah diberikan kepada saya sebenarnya. 

sebenarnya nak bgtaw saya demam je...



nurkilan wan motor.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...