KESILAPAN TEKNIKAL.. HEHE
Monday, 31 October 2011
Saturday, 29 October 2011
Aku juga ada harapan seperti ini !!
jom lihat jap iklan TM ni...
saya suka dengan pengajaran jalan cerita ini.. kerana sewaktu umur saya 18thun saya pernah bermain dengan skuad bawah 19 Negeri Melaka. Jadi masa tu harapan saya nak sangat banggakan orang tua saya dengan menjadi pemain bola sepak yang hebat pada suatu hari nanti.. Malangnya cita-cita saya tidak kesampaian kerana saya keluar dari pasukan bawah 19 Negeri Melaka kerana ada sebab-sebab tertentu.. sedih juga...
walau apapun, saya akan berusaha juga untuk menjadi anak kebanggaan keluarga dari sudut yang lain. maksudnya karier saya... harapan saya kini adalah mahu membantu keluarga. saya mau memberi kesenangan saya kepada kedua orang tua saya... insyaallah...sebab saya adalah anak paling rapat dengan mak di rumah dulu.. dan sekarang saya jugalah anak yang tinggal paling jauh dari mereka.. huhuhu.. sedihnya...
teringat mak cakap dala talifon... "mak pandang budak naik motor , mak terpandang kau wan.."
sedihnya... rindunya pada mak ayah di rmah melaka...
sayang mak dan ayah...
Nukilan Wan Motor
Friday, 28 October 2011
Sejarah Hari Raya Aidiladha
SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.
Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladhadan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.
Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.
Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladhadan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.
Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.
Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.
Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.
Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.
Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.”
Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.
Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.
Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru."
Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.
Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.
Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.
Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.
Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.
Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.
Nukilan Wan Motor
Wednesday, 26 October 2011
Mesti Baca : Kenapa Mesir Tidak Laksana Hudud Dihurai Muftinya Syeikh Ali Jumaat 5 Tahun Lepas !!!
Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak, iaitu Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud. Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.
Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa. Hukum hudud adalah sempurna dan lengkap. Cuma suasana semasa tidak memiliki syarat yang ditetapkan yang membolehkan ia dilaksanakan.
Ringkasnya, kenyataan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, bukan mempertikaikan kesempurnaannya dan kewajipan melaksanakannya. Ia sebaliknya berkenaan ‘ketidaksempurnaan’ suasana semasa. Iaitu tidak memiliki syarat yang ditetapkan bagi membolehkan hukum itu dilaksanakan.
Antara syarat tersebut ialah kewujudan saksi-saksi yang berwibawa.
Bagi mensabitkan jenayah hudud (zina, qazaf, minum arak, mencuri, hirabah dan kesalahan murtad), saksi yang bersifat adil (‘adalah) diperlukan. Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah (Rujuk Feqh al-Manhaji, jld. 3, ms.569)
Ketiadaan saksi yang memenuhi piawaian yang dinyatakan, akan mengakibatkan hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan.
Zaman ketiadaan saksi
Persoalannya di sini, wujudkah saksi-saksi seperti yang dinyatakan pada masa sekarang? Jika diambil kira kenyataan sesetengah ulama dahulu kala, boleh dikatakan kita mempunyai jawapan yang hampir pasti bagi persoalan ini.
Dalam karyanya, Nisywarul Muhadharah, Al-Qadhi Al-Tanukhi (356-446 Hijrah) ada memperkatakan tentang realiti manusia di zaman beliau dan zaman sebelumnya. Beliau mencatatkan dalam karyanya itu, “sesungguhnya hakim [pada zaman sebelum ini], ketika memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia [boleh] menemui 40 orang saksi yang kita perakui [kewibawaan mereka] dari segi ‘adalah (sifat adil) dan ketepatan (accuracy). [Tapi] sekarang, [iaitu pada zaman beliau] seseorang hakim, apabila memasuki sesebuah negeri, dia tidak [dapat] menemui melainkan seorang atau dua orang [yang layak menjadi] saksi”.
Demikian realiti manusia pada zaman Al-Tanukhi, iaitu sekitar 980 tahun yang lampau. Jika pada zaman beliau tidak boleh ditemui melainkan 1 atau 2 orang yang layak menjadi saksi bagi mensabitkan kes-kes hudud, maka apakah pada zaman kini-yang disifatkan sebagai akhir zaman yang penuh dengan kerosakan-saksi yang memenuhi piawaian yang ditetapkan syarak itu, mudah didapati?
Jawapannya ada pada Mufti Mesir yang diperakui kemantapan ilmu dan kewarakannya, Al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah (juga ditulis sebagai Ali Gomaa).

gambar Mufti Syeikh Ali Jum'ah Mufti Mesir
Setelah menukilkan kata-kata Al-Tanukhi diatas, Syaikh Ali Jum’ah dengan jelas menyatakan bahawa, “zaman kita secara umumnya, boleh disifatkan sebagai [zaman] yang kehilangan kesaksian [saksi-saksi yang berwibawa]”.
Dalam erti kata lain, zaman ini ialah zaman dimana kita sudah kehilangan saksi-saksi yang berwibawa pada nilaian syarak, yang boleh diterima kesaksian mereka dalam perbicaraan membabitkan kes-kes hudud. Dalam realiti Negara Mesir, fenomena ketiadaan syarat yang mencukupi bagi melaksanakan hudud, sebenarnya telah lama berlaku, iaitu sejak sekitar 1000 (seribu) tahun yang lampau. Ini dinyatakan sendiri oleh Syaikh Ali Jum’ah.
Oleh sebab itu, jelas beliau, Negara Mesir, sejak lebih kurang 1000 (seribu) tahun yang lampau, tidak pernah melaksanakan hudud disebabkan fenomena yang dinyatakan.
Hudud bukan keutamaan
Oleh kerana zaman kini tidak memiliki ‘kelayakan’ untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka menurut Mufti Mesir ini lagi, persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan.
Lebih dari itu, menurut beliau, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang (iaitu tahun 2006, tahun beliau menyatakan pandangan) mendatangkan mudarat dan tidak memberi manfaat.
Sebagai penutup, perlu dinyatakan di sini, Syaikh Ali Jum’ah tidak menyatakan secara jelas bahawa zaman kini tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud, seperti yang terpapar pada tajuk tulisan ini. Tajuk itu sebaliknya adalah rumusan dan kesimpulan penulis daripada dua kenyataan beliau.
Pertama, beliau menegaskan bahawa zaman kini boleh disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh diterima bagi mensabitkan hukum hudud (seperti yang telah dinyatakan); dan kedua, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah ‘hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah’.
Prinsip ini diambil daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, ‘abaikanlah [hukuman] hudud dengan sebab [adanya] syubhah’. Jika demikianlah keadaan zaman kini menurut kaca mata Syaikh Ali Jum’ah, maka bolehlah disimpulkan, perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif disebabkan dua sebab yang dinyatakan.
Pandangan beliau ini secara tidak langsung memberi ‘signal’ amaran kepada semua pihak, agar tidak tergesa-gesa menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan mereka dalam soal perlaksanaan hudud.
Laman rasmi Mufti Syeikh Ali Jum'ah klik sini http://www.aligomaa.net/
Antara penulisan dan juga Salasilah Guru beliau ( info Wikipedia ) :
His published works include in alphabetical order:
- ‘Alaqah Usul al-Fiqh bil al-Falsafah
- Aliyat al-Ijtihad
- Athr Dhihab al-Mahal fi al-Hukm
- al-Bayan
- al-Hukm al-Shar’i
- al-Ijma’ ‘ind al-Usuliyyin
- al-Imam al-Shafi’i wa Madrasatuhu al-Fiqhiyyah
- al-Imam al-Bukhari
- al-Kalim al-Tayyib vol. 1
- al-Kalim al-Tayyib vol. 2
- Mabahith al-Amr ‘ind al-Usuliyyin
- al-Madkhal ila Darasah al-Madhahib al-Fiqhiyyah
- al-Mar’ah fi al-Hadarah al-Islamiyyah
- al-Mustalah al-Usuli wa al-Tatbiq ‘ala Tarif al-Qiyas
- al-Nadhariyyat al-Usuliyyah wa Madkhal li Darasah ‘Ilm al-Usul
- al-Naskh ‘ind al-Usuliyyin
- Qadiyah Tajdid Usul al-Fiqh
- al-Qiyas ‘ind al-Usuliyyin
- al-Ru’yah wa Hujiyyatiha al-Usuliyyah
- Simat al-Asr
- Taqyid al-Mubah
- al-Tariq ila al-Turath al-Islami
Teachers
His sheikhs and teachers include in alphebetical order:
- ‘Abd al-Hafidh al-Tijani
- ‘Abd al-Hakim ‘Abd al-Latif
- ‘Abd al-Hamid Mayhub
- Ahmad Jabir al-Yamani
- ‘Abd al-Jalil al-Qaranshawi
- Ahmad Hammadah al-Shafi’i
- Ahmad Mursi
- ‘Ali Ahmad Mar’i
- Hasan Ahmad Mar’i
- al-Husayni Yusuf al-Shaykh
- Ibrahim Abu al-Khashab
- ‘Iwad Allah al-Hijazi
- ‘Iwad al-Zabidi
- Ismail Sadiq al-’Adwi
- Ismail al-Zayn al-Yamani
- Jad al-Haqq ‘Ali Jad al-Haqq
- Jad al-Rabb Ramadan
- Muhammad Abu Nur Zuhayr
- Muhammad Alawi al-Maliki
- Muhammad Ismail al-Hamadani
- Muhammad Mahmud Farghali
- Muhammad Shams al-Din al-Mantiqi
- Muhammad Zaki Ibrahin
- Sha’ban Muhammad Ismail
- Said ‘Abd Allah al-Lajhi
- al-Sayiid Salih ‘Iwad
- Salih al-Ja’fari
- Yasin al-Fidani
Saat Kematian Muamar Ghadafi !!! Di Rodok Juburnya Dengan Pisau !!!
Ya Allah ~ ~ ~
Kejamnya rakyat LIBYA ini... Entahlah tidak bersyukur membunuh pulak orag yang banyak berjasa kepada rakyat dan yang lantang menentang secara terbuka kepada US dan ISRAEL... Subhanallah...
Begitulah kekejama yang telah dilakukan oleh Rakyat Libya ini kepada pemimpin mereka.. Maka berbanggalah pemimpin Negara Israel dan Amarika Syarikat melihat aksi pembunuhan kejam yang dilakukan oleh rakyat libya sendiri keatas penentang mereka..
jom muhasabah diri sendiri..
kita melihat ya... banyak negara arab yang bergolak semasa ini tetapi mengapa LIBYA menjadi sasaran NATO(sekutu Israel dan US) untuk diserang??? mengapa bukan Syria ataupun Yaman??? Ataupun Negara Iran... Sedangkan Presiden Iran juga adalah seorang yang lantang menentang Israel dan Yahudi... Sebenarnya Negara Libya merupakan pengeluar minyak ke2 dunia hari ini. Selepas Us dan sekutunya berjaya menjatuhkan Kerajaan Iraq semasa pemerintahan Saddam Hussen dan berjaya mengambil sumber-sumber penting antaranya adalah minyak, mereka telah mengambil kesempatan keatas pergolakan yang berlaku di Libya. Manakala Negara Syria dan Yaman tidak mempunyai apa2 pun sumber yang penting.
Media Massa telah memainkan peranan yang penting di dalam gerakkan untuk mengucar kacirkan sesebuah negara. Termasuklah dengan Berita Harian, Metro, Harakah , Suara Keadilan dan lain2 lain lagi asyik menceritakan tentang keburukan pemimpin di negara arab berkenaan. Dan hari ini kita melihat juga suara-suara Pemimpin Pembangkang yang menyokong tindakkan yang dilakukan oleh rakyat yang memberontak di negara arab berkenaan. Salah satunya di Libya yang mana pemimpin pembangkang di Malaysia menyokong tindakkan rakyat menjatuhkan Muamar Ghadafi ini.
Apa-apa pun saya berharap kepada pembaca, jadilah rakyat yang profesional dan bersikap terbuka. Janganlah kita menilai daripada apa yang orang perkatakan.. Lebih baik kita alami sendiri keadaan itu barulah kita boleh bercakap atau sebagainya..
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua Pemimpin Islam yang telah dibunuh oleh US dan Sekutunya.... Al-Fatihah......................
*Bersyukurlah dengan apa yang kita dapat...
*taatlah pada ulil amri
*bersangka baiklah kepada orang islam
Nukilan Wan Motor
Tuesday, 25 October 2011
Pertemuan 4 mata bersama Pegawai HEP Negeri Johor
Hari ini saya telah pergi ke Pejabat Pentadbiran Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Negeri Johor untuk bertemu dengan Pegawainya iaitu Ustaz Muhd Husni Tamrin bagi membincangkan serta bertukar pendapat tentang isu semasa yang sedang berlaku dikalangan rakyat Malaysia di Mesir ini.
Alhamdulillah, ini adalah merupakan kali pertama saya melakukan lawatan ke Pejabat Pentadbiran HEP Negeri yang ada di dalam Kaherah. Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Negeri Melaka tidak dapat bersama kerana menguruskan beberapa hal yang berkaitan program yang akan berlansung tidak lama lagi. Antara program yang hampir adalah program Korban Aidiladha Mahasiswa Anak Melaka.
Perbincangan saya bersama Ust Husni Tamrin adalah bagi membincangkan kerjasama diantara Persatuan Anak Johor dan Persatuan Anak Melaka di Mesir ini. Untuk mencapai kesepakatan diantara mahasiswa kedua negeri ini sekiranya mahu melakukan aktiviti bersama sama ada di dalam aspek fizikal mahupun rohani.
Selain itu, saya juga menceritakan permasalahan yang sebenarnya berlaku di Bangunan Wisma Seri Melaka Mesir. Dan saya meminta pandangan Ust Husni Tamrin di dalam menangani isu KARENAH mahasiswa disebabkan Husni Tamrin adalah orang yang berpengalaman di dalam menguruskan dan mentadbir mahasiswa di Malaysia sebelum ini.
Dalam masa yang sama, Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka juga telah bersetuju untuk mengadakan Program Kelas Bahasa di dalam Wisma Seri Melaka dan ianya adalah terbuka kepada semua mahasiswa yang menetap di Wisma Seri Melaka Mesir amnya kepada mahasiswa yang baru hadir ke bumi anbiya ini. Ini adalah bertujuan bagi menjaga kebajikan daripada segi pendidikan kepada Mahasiswa Anak Melaka yang menuntut di sini.
Menemani saya ke Pejabat Pentadbiran HEP Negeri Johor di Mesir adalah seorang pelajar yang juga berasal daripada Johor Iaitu Azizi Sabri .
Alhamdulillah, ini adalah merupakan kali pertama saya melakukan lawatan ke Pejabat Pentadbiran HEP Negeri yang ada di dalam Kaherah. Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Negeri Melaka tidak dapat bersama kerana menguruskan beberapa hal yang berkaitan program yang akan berlansung tidak lama lagi. Antara program yang hampir adalah program Korban Aidiladha Mahasiswa Anak Melaka.
Perbincangan saya bersama Ust Husni Tamrin adalah bagi membincangkan kerjasama diantara Persatuan Anak Johor dan Persatuan Anak Melaka di Mesir ini. Untuk mencapai kesepakatan diantara mahasiswa kedua negeri ini sekiranya mahu melakukan aktiviti bersama sama ada di dalam aspek fizikal mahupun rohani.
Selain itu, saya juga menceritakan permasalahan yang sebenarnya berlaku di Bangunan Wisma Seri Melaka Mesir. Dan saya meminta pandangan Ust Husni Tamrin di dalam menangani isu KARENAH mahasiswa disebabkan Husni Tamrin adalah orang yang berpengalaman di dalam menguruskan dan mentadbir mahasiswa di Malaysia sebelum ini.
Dalam masa yang sama, Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka juga telah bersetuju untuk mengadakan Program Kelas Bahasa di dalam Wisma Seri Melaka dan ianya adalah terbuka kepada semua mahasiswa yang menetap di Wisma Seri Melaka Mesir amnya kepada mahasiswa yang baru hadir ke bumi anbiya ini. Ini adalah bertujuan bagi menjaga kebajikan daripada segi pendidikan kepada Mahasiswa Anak Melaka yang menuntut di sini.
Menemani saya ke Pejabat Pentadbiran HEP Negeri Johor di Mesir adalah seorang pelajar yang juga berasal daripada Johor Iaitu Azizi Sabri .
Nukilan Wan Motor
Thursday, 20 October 2011
Penentang ISRAEL dan US di bunuh oleh umat islam sendiri !!!
Berita kematian Muamar Ghadafi( Presiden Libya ) sangat mengejutkan saya kerana saya mengambarkan Ghadafi adalah seorang pejuang yang berani dan sangat tegas di dalam menjalankan tangungjawabnya. Apa yang paling menyedihkan adalah kerana di bunuh oleh rakyatnya sendiri. Muamar Ghadafi adalah salah seorang ketua negara arab yang lantang menentang ISRAEL dan US di mata dunia. Siapa yang boleh menafikan bahawa Muamar Ghadafi adalah tali barut kepada US mahupun ISRAEL melainkan HUSNI MUBARAK (presiden Negara Mesir.)
Muamar Ghadafi adalah mangsa kedua ISRAEL dan US selepas Saddam Hussein iaitu Presiden Iraq. Sebelum Muamar Ghadafi di bunuh oleh penentangnya , Muamar dikatakan telah di serang oleh pasukan NATO semasa di dalam konvoi tenteranya di dalam tempat kelahirannya di sirte... Sebelum di bunuh bersama ketua tenteranya iaitu Abu Bakar Younos. Muamar sebelum ini telah berjanji bahawa dia lebih rela mati daripada di tangkap oleh Tentera US kerana dakwaan penyalahgunaan kuasa.
Media massa yang dimainkan oleh barat adalah TIPU !!!
US sebenarnya telah lama merancang untuk menawan negara Libya kerana negara berkenaan adalah diantara negara yang menjadi pengeluar minyak terbesar dunia. apa yang berlaku seperti di iraq juga adalah sama di mana US menuduh negara iraq mempunyai nuklear.Akhirnya US tidak menjumpai bukti-bukti yang menyatakan Iraq mempunyai senjata nuklear. US semakin hari semakin kekurangan minyak bagi menampung kegunaan di negaranya !!!
Ruginya kepada umat ISLAM !!!
Bayangkanlah, umat islam sesama kita saling berbunuh bunuhan untuk merampas takhta dan kematian orang berkenaan di sambut dengan penuh kegembiraan. Adakah Islam mengajar kita melakukan perkara sedemikian? Adakah kita perlu menghukum tanpa melakukan perbicaraan seadil adilnya? adakah kita menentang pemimpin islam kita akan diredhai oleh Allah taala.
Sekarang kita hanya mengetahui bahawa Muamar Ghadafi adalah seorang yang menzalimi terhadap rakyatnya... Kita hanya mengetahui perkara ini melalui media massa yang belum tentu sahih dan benar belaka. Tetapi kita sudah pandai-pandai untuk memberi hukuman dan menuduh seperti US dan YAHUDI menuduh kepada Muamar Ghadafi... Sedar tak kita yang mana kita sudah berada di zaman FITNAH DAJJAL ???
Kita bermusuh sesama islam hari ini... Jelas terpampang di hadapan mata kita hari ini !!!! Sedarlah wahai umat islam !!! Sampai bila kita nak diperbodohkan oleh US dan YAHUDI....?? Bangkitlah sahabat2ku... Janganlah bermusuh-musuh diantara satu sama dengan yang lain... Berubah lah untuk berjuang di jalan yang benar... Janganlah kita meletakkan diri kita di satu pihak sahaja. Duduklah ditengah-tengah... Carilah persamaan antara kita...
Sedihnya... Pembangkang di malaysia juga menyokong tindakkan penentang di LIBYA menjatuhkan pemimpin ISLAM serta menyokong tindakkan pemberontak membunuh Muamar Ghadafi... masyaallah... !!!
Muhasabah diri...
Saya menyokong Muamar Ghadafi kerana dia berani menentang ISRAEL dan US secara terang-terang... Arab Saudi, Turkey, Oman , dan negara-negara arab lain ada yang menentang ISRAEL dan US? fikir-fikirkan lah... Masalah dalaman di negaranya, kita tidak boleh mempercayai 100% berita dari media massa sepenuhnya... Jangan kita menghukum orang lain sedangkan kita tidak tahu kebenarannya...
Allahuakbar !!! 3x
Semoga Allah meletakkan Muamar Ghadafi bersama orang yang SYAHID kerana mempertahankan tanah airnya... Amin ya Allah...
Muamar Ghadafi adalah mangsa kedua ISRAEL dan US selepas Saddam Hussein iaitu Presiden Iraq. Sebelum Muamar Ghadafi di bunuh oleh penentangnya , Muamar dikatakan telah di serang oleh pasukan NATO semasa di dalam konvoi tenteranya di dalam tempat kelahirannya di sirte... Sebelum di bunuh bersama ketua tenteranya iaitu Abu Bakar Younos. Muamar sebelum ini telah berjanji bahawa dia lebih rela mati daripada di tangkap oleh Tentera US kerana dakwaan penyalahgunaan kuasa.
Media massa yang dimainkan oleh barat adalah TIPU !!!
US sebenarnya telah lama merancang untuk menawan negara Libya kerana negara berkenaan adalah diantara negara yang menjadi pengeluar minyak terbesar dunia. apa yang berlaku seperti di iraq juga adalah sama di mana US menuduh negara iraq mempunyai nuklear.Akhirnya US tidak menjumpai bukti-bukti yang menyatakan Iraq mempunyai senjata nuklear. US semakin hari semakin kekurangan minyak bagi menampung kegunaan di negaranya !!!
Ruginya kepada umat ISLAM !!!
Bayangkanlah, umat islam sesama kita saling berbunuh bunuhan untuk merampas takhta dan kematian orang berkenaan di sambut dengan penuh kegembiraan. Adakah Islam mengajar kita melakukan perkara sedemikian? Adakah kita perlu menghukum tanpa melakukan perbicaraan seadil adilnya? adakah kita menentang pemimpin islam kita akan diredhai oleh Allah taala.
Sekarang kita hanya mengetahui bahawa Muamar Ghadafi adalah seorang yang menzalimi terhadap rakyatnya... Kita hanya mengetahui perkara ini melalui media massa yang belum tentu sahih dan benar belaka. Tetapi kita sudah pandai-pandai untuk memberi hukuman dan menuduh seperti US dan YAHUDI menuduh kepada Muamar Ghadafi... Sedar tak kita yang mana kita sudah berada di zaman FITNAH DAJJAL ???
Kita bermusuh sesama islam hari ini... Jelas terpampang di hadapan mata kita hari ini !!!! Sedarlah wahai umat islam !!! Sampai bila kita nak diperbodohkan oleh US dan YAHUDI....?? Bangkitlah sahabat2ku... Janganlah bermusuh-musuh diantara satu sama dengan yang lain... Berubah lah untuk berjuang di jalan yang benar... Janganlah kita meletakkan diri kita di satu pihak sahaja. Duduklah ditengah-tengah... Carilah persamaan antara kita...
Sedihnya... Pembangkang di malaysia juga menyokong tindakkan penentang di LIBYA menjatuhkan pemimpin ISLAM serta menyokong tindakkan pemberontak membunuh Muamar Ghadafi... masyaallah... !!!
Muhasabah diri...
Saya menyokong Muamar Ghadafi kerana dia berani menentang ISRAEL dan US secara terang-terang... Arab Saudi, Turkey, Oman , dan negara-negara arab lain ada yang menentang ISRAEL dan US? fikir-fikirkan lah... Masalah dalaman di negaranya, kita tidak boleh mempercayai 100% berita dari media massa sepenuhnya... Jangan kita menghukum orang lain sedangkan kita tidak tahu kebenarannya...
Allahuakbar !!! 3x
Semoga Allah meletakkan Muamar Ghadafi bersama orang yang SYAHID kerana mempertahankan tanah airnya... Amin ya Allah...
Nukilan Wan Motor
Monday, 17 October 2011
✿..10 SOLAT yang tidak diterima ALLAH..✿
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang MEMELIHARA solat, maka solat itu sebagai CAHAYA baginya, PETUNJUK dan JALAN SELAMAT dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
~► 1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
~► 2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
~► 3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
~► 4. Orang lelaki yang melarikan diri.
~► 5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
~► 6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
~► 7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
~► 8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
~► 9. Orang-orang yang suka makan riba’.
~► 10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang SOLATNYA itu TIDAK dapat menahannya dari melakukan PERBUATAN KEJI dan MUNGKAR, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan KEMURKAAN Allah S.W.T dan JAUH dari Allah.”
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
~► 1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
~► 2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
~► 3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
~► 4. Orang lelaki yang melarikan diri.
~► 5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
~► 6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
~► 7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
~► 8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
~► 9. Orang-orang yang suka makan riba’.
~► 10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang SOLATNYA itu TIDAK dapat menahannya dari melakukan PERBUATAN KEJI dan MUNGKAR, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan KEMURKAAN Allah S.W.T dan JAUH dari Allah.”
Nukilan Wan Motor
Sunday, 16 October 2011
Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir tidak menzalimi Anak Melaka
Assalamualaikum
Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah taala kerana terus memberikan kita PELUANG untuk kita sama-sama meneruskan kehidupan seperti sediakala, memberikan kesihatan yang baik serta tidak putus-putus memberikan rezeki ke atas diri kita. Terima kasih Allah...
Teringat semasa waktu zaman saya di kolej yang mana saya telah disuruh oleh CEO Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka Datuk Saroni bin Judi untuk menubuhkan ALUMNI bagi menjadi sebuah organisasi yang dapat memberikan galakkan dorongan kepada mahasiswa yang sedang belajar di KAYM. Saya dan beberapa rakan yang telah menamatkan belajar di KAYM telah merancang bagi penubuhan ALUMNI ini serta dan telah menjalankan gerak kerja bagi memburu bekas-bekas mahasiswa yang telah lama meninggalkan KYM(sebelum di naik taraf KAYM). Nak dijadikan cerita, 2 minggu sebelum perasmian ALUMNI KAYM ini berlansung saya telah menemplak pihak HEP KAYM atas beberapa salah satunya adalah berhubung kebajikan pelajar. Di atas perkara berkenaan, saya telah menarik diri daripada ALUMNI ini dan menyerahkan tugas presiden kepada timbalan saya pada waktu itu iaitu TYSON EDMUND yang berasal daripada negari sabah. Saya telah merasakan apa yang saya perjuangkan adalah perkara yang BENAR dan sangat perlu di perjuangkan pada masa itu. Rupa-rupanya saya silap !!! kerana saya sangat berkeras dengan pihak atasan dan cara saya sangat mendesak. Lebih-lebih lagi berjuang di tempat SWASTA.
Berlainan pula dengan hari ini. Saya telah di lantik sebagai Pembantu Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir. Tugasnya juga agak berbeda sewaktu saya memegang jawatan Pengerusi ALUMNI KAYM. Sebelum saya ke Kaherah, Mesir. Saya telah di suruh untuk melakukan penyemakkan latar belakang terhadap semua Mahasiswa Anak Melaka yang belajar di Kaherah. Dan memahami permasalahan yang berlaku di Wisma Seri Melaka Mesir diantara masalahnya adalah berhubung dengan PERSATUAN.
Sesudah saya sampai untuk kali pertamanya di Kaherah pada 7.5.2011bersamaan hari sabtu. Saya telah di sambut oleh Persatuan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) serta Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir iaitu Ust Muhd Anwar bin Idris.
Pada keesokan harinya, saya sudah mula bertugas di Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir dan telah diterangkan dengan peraturan dan permasalahan yang sedang berlaku. Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir adalah satu pertubuhan yang telah ditubuhkan pada 35tahun lalu. Persatuan ini telah di tarik pengiktrafan oleh Kerajaan Negeri Melaka pada bulan 12 tahun 2010 sebelum Kerajaan Malaysia melakukan OPS PIRAMID. Kerajaan Negeri Melaka menarik pengiktrafan persatuan ini adalah kerana persatuan ini telah bernaung di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan persatuan ini telah condong terhadap pandangan politik.
Saya ada membuat satu perjumpaan dengan YDP BKKIMM Harman bin Hassan di dalam pejabat saya dan saya telah berborak dengan dia dan ingin tahu apa yang sebenarnya yang berlaku. Saya hanya menegaskan kepada HARMAN BIN HASSAN agar mematuhi arahan yang ditetapkan dan tidak sesekali melanggar peraturan yang ada. Apa-apa masalah yang berlaku terus berhubung dengan pihak Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir.
Apa yang dah berlaku hari ini??? Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir telah dikatakan ZALIM oleh ahli-ahli Persatuan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kerana tidak membenarkan mereka melakukan program di dalam bangunan Wisma Seri Melaka. Saya dah jelaskan pada mereka bahawa, Wisma Seri Melaka melarang sama sekali program yang berkaitan dengan B.K.K.I.M.M mahupun P.M.R.A.M ! tetapi mengapa masih berdegil dan sengaja ingin melakukan provokasi terhadap Pegawai yang bertugas di sini.? sudah setahun Tabung Amanah Pendidikan Anak Melaka( TAPEM ) mengeluarkan notis larangan kepada Mahasiswa Anak Melaka di larang melibatkan diri di dalam BKKIMM mahupun PMRAM. Amaran yang dikeluarkan oleh TAPEM bukanlah baru sebulan malah sudah hampir setahun ditampal di dalam ruang BULITEN WSM.
Mengapa ahli-ahli BKKIMM degil?
Mengapa langgar PERATURAN?
Mengapa tidak menghormai PEGAWAI?
Mengapa tuduh kami ZALIM?
Mengapa tidak PROFESIONAL?
Setahu saya, ada dari kalangan peminjam TAPEM yang tidak mendaftarkan diri mereka di bawah Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir tetapi masih tidak dikenakan apa-apa tindakkan di usir walaupun mendiami di dalam Wisma Seri Melaka Mesir. Bukan itu sahaja, ada juga mahasiswi yang tidak lansung berdaftar di bawah Wisma Seri Melaka dan tidak mendaftar sebagai penghuni Wisma Seri Melaka tetapi menetap di Wisma Seri Melaka. Adakah perkara ini telah mengikut undang-undang atau ahli BKKIMM ingin melakukan undang-undang sendiri ? atau mahu bangunan Wisma Seri Melaka Mesir ini menjadi seperti sistem jalanraya di Mesir ini yang tidak lansung mempunyai sistem? Ust Muhd Anwar bin Idris walaupun mempunyai pendirian tegas tetapi beliau masih mampu memberikan peluang kepada Mahasiswa Anak Melaka bagi melakukan perubahan. Dan sentiasa memaafkan kepada orang yang melakukan kesalahan dan menganggap itu adalah proses pembelajaran kamu di sini. Tetapi ahli-ahli BKKIMM balas apa???????
Kepada ahli-ahli BKKIMM yang terus bergedil dan tidak mahu menghormati sistem pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka disarankan agar mencari inesiatif lain sekiranya tidak mahu mengikui peraturan yang telah ditetapkan. Jangan soalkan apa yang kerajaan boleh berikan tetapi tanya pada diri apa sumbangan kita kepada kerajaan. Saya hanya ahli-ahli BKKIMM mengikuti saluran yang betul. Dan saya bukan memaksa kamu menyertai IMAM untuk menyokong UMNO. Undi itu hak peribadi sendiri. Terpulang kepada pendirian masing-masing untuk mengundi. Tetapi disebabkan kamu adalah Mahasiswa di luar negara kamu haruslah mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan.
Bagaimana mahu melaksanakan hukum Allah sedangkan peraturan yang kecil ini pun tidak boleh diikuti dan sering melanggarnya. !
sama-sama kita bermuhasabah diri kita. Jangan menghukum orang lain dengan apa yang kita lihat. Kalau kamu semua mengikut peraturan yang telah ditetapkan kamu tidak sesekali akan merasakan kamu dizalimi. Saya tetap akan menjaga kebajikan semua pelajar di sini.
Saya pegang prinsip saya !
KEBAJIKAN DIUTAMAKAN
Nukilan Wan Motor
Saturday, 15 October 2011
Makan Malam Bersama IMAM ~ ~ ~
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah taala keranamasih memberikan saya PELUANG untuk saya meneruskan kehidupan sehingga ke hari ini..
Sebenarnya dah 3 hari berturut saya masih di dalam keadaan tidak sihat. Batuk dan mengalami badan panas.. selalunya kalau saya demam 2 hari pun paling lewat demam dah rebah... kali ini demam berlarutan dan hampir masuk hari ke 4. walau bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana saya mengalami demam biasa sahaja. mungkin keadaan cuaca di MESIR ini masih belum saya suaikan dengan badan. maklumlah semakin menghampiri ke musim sejuk.
Semalam ahli-ahli persatuan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka hadir ke rumah saya untuk mengadakan makan malam bersama mereka. Turut Hadir ke rumah saya adalah Pegawai HEP Melaka Ust Muhd Anwar bin Idris.
Nampak makanan kegemaran saya tu !! hihi
nasi goreng kicap..:) dapnya...hehe
Nukilan Wan Motor
Friday, 14 October 2011
Amaran Kepada PMRAM !!!
Assalamualaikum
Sedikit penerangan saya di dalam kemelut isu PERSATUAN di dalam Wisma Seri Melaka Mesir yang sering kali dicampuri oleh persatuan P.M.R.A.M. !!
- B.K.K.I.M.M - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir adalah persatuan lama yang telah ditubuhkan pada 35tahun yang dulu. Tetapi Persatuan ini telah ditarik pengiktirafan oleh kerajaan Negeri Melaka di atas sebab-sebab tertentu.
- I.M.A.M - Ikatan Mahasiswa Anak Melaka ditubuhkan adalah bagi mengantikan persatuan B.K.K.I.M.M. Penubuhan ini telah dilaksanakan pada tahun 2010 semasa perasmian Bangunan Wisma Seri Melaka.
Kerajaan Negeri Melaka telah memutuskan bahawa aktiviti yang ingin dilakukan di dalam Bangunan Wisma Seri Melaka mestilah mendapat pelepasan daripada pihak Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir. Bahkan persatuan IMAM sendiri sekiranya mahu melakukan kelas ataupun aktiviti perlulah melalui Pejabat Pentadbiran. Dan tiada mana-mana pihak dapat melakukan aktiviti di dalam bangunan Wisma Seri Melaka dengan sesuka hati tanpa kebenaran. Sekiranya ada aktiviti dilakukan tanpa melalui pihak Pejabat Petadbiran ianya telah jelas melanggar peraturan yang telah termaktub di dalam Wisma Seri Melaka Mesir.
Sekiranya mahu mendengar pandangan saya, saya akan jelaskan di sini !
B.K.K.I.M.M tidak lagi diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Melaka. Apa lagi yang mahu dikejarkan? Kalau merasakan PMRAM lebih layak menaungi persatuan B.K.K.I.M.M , mohonlah pada Presiden PMRAM agar diberikan Rumah Kebajikan Anak Melaka(ahli-ahli PMRAM) . Bila dah dapat Rumah Kebajikan tersebut buatlah peraturan sendiri dan lakukanlah aktiviti yang kamu ingin lakukan. Sepatutnya kamu faham dengan apa yang dikatakan PERATURAN. Kamu bukan pelajar tadika PASti lagi. Kamu adalah MAHASISWA Al-Azhar/ bakal masuk ke Al-Azhar(markaz).
Contoh !!
- Sekiranya ada pelajar baru sampai ke mesir dan ianya merupakan Anak Negeri Melaka adakah pelajar baru tersebut boleh di bawa masuk ke Wisma Seri Melaka tanpa pengetahuan Pegawai? tapi style persatuan B.K.K.I.M.M ini bawa masuk dulu dalam Wisma Seri Melaka Mesir esok-esok baru jumpa Pegawai. Bila di tanya kenapa berlakuan begitu kamu menjawab " pelajar berkenaan Anak Melaka dan ada HAK". Tetapi kamu tak tahu apa yang dikatakan dengan HAK. Rumah Kebajikan Anak Yatim pun ada peraturan lah kalau nak masuk. Suka sangat bercakap tanpa mengunakan akal fikiran. Cukuplah sekadar satu contoh ini saya beri kepada pembaca. Yang lain saya akan simpan untuk pada akan datang sekiranya B.K.K.I.M.M atau penaungnya sendiri P.M.R.A.M ada menceritakan tentang saya di laman-laman blog mereka. Saya nasihatkan kepada persatuan ini pergilah ke tempat lain untuk melakukan aktiviti. pergilah... Jangan ganggu Wisma Seri Melaka.
Saya juga pernah menasihatkan Timb Presiden PMRAM (entah apa namanya) agar mematuhi arahan Rumah Negeri Melaka yang telah mengharamkan aktiviti yang berkaitan dengan B.K.K.I.M.M mahupun PMRAM. Kerana ini adalah peraturan. Kalau peraturan pun tak boleh nak ikut tak perlu nak cerita panjang mengenai bab-bab protokol yang lain. Saya pernah cakap sebelum ini, jangan menganggu gugat Wisma Seri Melaka dengan tindakkan provokasi persatuan. Saya masih menghormati anda semua sebagai rakan-rakan saya di sini. Kamu semua masih belajar dan seharusnya menumpukan kepada pelajaran dan bukan menumpukan kepada persatuan.Peganglah matlamat masing-masing untuk membawa pulang kejayaan di Malaysia. Bukan sekadar membawa balik kenangan semata-mata. Bila balik ke Malaysia kelak , bolehlah meneruskan dakwah Islamiah kepada masyarakat setempat , negeri mahupun negara.
Kepada PMRAM... nasihatkan semua ahli-ahli PMRAM agar lebih menghormati orang lain lebih-lebih lagi Pegawai Kedutaan, Education Malaysia Egpyt dan juga Pegawai HEP setiap negeri yang ada di Kaherah. Bukan mudah menjadi pemimpin di dalam sebuah organisasi kerana perlu menangung sikap-sikap agresif yang ditunjukkan oleh ahli bawahan. Dan kepimpinan atasan PMRAM sendiri jangan cuba-cuba nak tunjuk BELANG untuk mengajar ahli agar menjadi lebih agresif agar slogan "LAWAN TETAP LAWAN" diteruskan... lu silap orang bro..!!!
NASIHAT SAYA !
Tumpukan pada pelajaran! biarkan orang tua kita menitiskan air mata kerana melihat kejayaan kita.. jangan sesekali membiarkan titisan air mata orang tua kita jatuh kerana kegagalan....berfikir panjang la sikit ya... bukan yang tidak ikut PMRAM tidak islam. PMRAM tetap PMRAM.. ISLAM tetap ISLAM... ISLAM tidak akan pernah kalah... tetapi ISLAM lemah kerana perpecahan ! hormati orang lain yaa... kita saling menasihati antara satu sama lain...
dan yang terakhir... nasihat saya kepada persatuan-persatuan yang cuba menganggu gugat Wisma Seri Melaka agar jangan bermain dengan api...
lu rembat IMAM wa rembat lu... !!!
Nukilan Wan Motor
Thursday, 13 October 2011
Pakatan Rakyat Berjaya Membuktikan DS Najib Tun Razak jumpa POPE !!!
TAK SANGKA !!!
Mereka mengatakan mereka berjuang diatas landasan ISLAM dan ada mempunyai ciri-ciri negara ISLAM rupanya PENIPU BESAR !!! Apa yang dilaungkan selama ini adalah tidak benar sama sekali !!!
MEMFITNAH!!!
MEMBURUKKAN UMAT ISLAM!!!
MENIPU!!!
MEROSAKKAN MINDA RAKYAT!!!
PAS bukanlah berjuang berlandasan agama islam tetapi hanya mengunakan agama islam untuk meraih undi untuk mendapatkan kuasa mentadbir kerajaan sahaja. Mereka melaungkan pelbagai slogan yang berlandasan ISLAM tetapi hanya omongan kosong.
Sebelum ini mereka telah menyebarkan cerita tentang penemuan di antara DS NAJIB TUN RAZAK telah berjumpa dengan POPE. Dan telah terbukti bahawa gambar berkenaan adalah gambar buatan dari pihak2 tertentu untuk menjatuhkan karier PM Malaysia ini.
CYBERTROOPER PAKATAN RONGENG perlu meminta maaf secara terbuka bagi kesalahan ini. Dan di nasihatkan agar berhentilah melakukan FITNAH !!!
Allah akan sentiasa melindungi orang yang benar !!!
Nukilan Wan Motor!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)























