Wednesday, 14 December 2011

Pasangan saya sudah balik ke Malaysia

hmmm... baru balik ke malaysia dah rindu pula kat mamat sorang ni... mana tidaknya... kalau dia ada aktif juga saya nak beraktiviti seperti sukan futsal atau bowling... hehe... takpelah lagipun dia balik 2 minggu je untuk menyelesaikan urusan rasmi pejabat pentadbiran wisma seri melaka mesir ni.. 

saya rasa inilah seorang sahabat yang sangat baik. sentiasa membantu dan saling bekerjasama di dalam melakukan sesuatu perkara... kalau nak diikutkan Ustaz Ibrahim bin Hussen ni memang otailah kat sini. hampir 12 tahun menentap di kaherah nih.. dah rezeki dia bekerja dengan kerajaan negeri melaka.. alhamdulillah...

lepas ni saya pula yang akan mengantikan dia di dalam urusan pentadbiran di pejabat... hmmmm oklah tu.. dapat juga saya belajar selok belok menguruskan pentadbiran ni..:) 



Selamat Jalan Sahabat...

Semoga Allah merahmati perjalanan kamu...

Nukilan Wan Motor.

Monday, 12 December 2011

Majoriti Ahli PMRAM GAGAL Setiap Tahun di Uni Al-Azhar

Selama saya berada di dalam beberapa organisasi seperti persatuan NGO mahupun Badan Kerajaan belum lagi saya melihat bertapa angkuhnya ahli-ahli dalam persatuan tersebut melainkan saya menyertai kumpulan PEMBANGANG semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor untuk melihat situasi di dalam parti PKR masa itu...

Allah maha kuasa dan Allah maha pemurah...

Saya telah diberikan peluang hidup yang sangat luar biasa dengan diberikan kerja sebagai Pembantu Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir di bawah Yayasan Melaka. Dan saya ditugaskan menjaga aktiviti di dalam Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir di bawah kendalian Pegawai iaitu Ustaz Muhd Anwar bin Idris. 

Saya cuba meletakkan diri saya di tengah-tengah untuk memenangkan hati 2 pihak iaitu antara Pejabat Pentadbiran dan Persatuan Pelajar yang sudah tidak diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Persekutuan. Tetapi reaksi tindak balas yang diberikan saya mendapati Persatuan Pelajar ini sangat TAKSUB dengan pendirian mereka bahawa mereka lebih berkuasa dan tidak sekali akan tunduk kepada mana-mana Pegawai Kerajaan Negeri melainkan Negeri yang diperintah oleh Pembangkang di Malaysia.

Ada juga Pegawai HEP Negeri di bawah kerajaan persekutuan hanya menjadi boneka dan menurut kata bagi memudahkan kerja mereka di sini tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Walaupun saya hanya antara pegawai yang paling kecil di sini, saya tidak merasakan bahawa saya tidak layak untuk menyuarakan pendapat saya mengenai isu yang sangat hangat di sini mengenai PMRAM.

Saya sungguh simpati dengan Pegawai HEP Perak kerana sering di maki hamun oleh sebahagian pelajar pengajian islam yang agresif di dalam persatuan pelajar sedangkan Pegawai HEP Perak iaitu Ustaz Muhaimin adalah antara pegawai yang paling simple dan paling di senangi bagi saya. Lagipun saya melihat Ust Muhaimin antara pegawai paling senyap dan tidak melatah walaupun beliau di maki hamun di fitnah sebagai agen UMNO dan pelbagai lagi. Tapi apa-apa pun saya suka melihat Pelajar Perak yang memfitnah dan memaki ustaz Muhaimin ini kerana saya masih boleh melihat orang yang berimejkan ALIM dan WARAK menjilat ludah sendiri serta memperlihatkan orang itu menjadi kufur nikmat. 

Pegawai HEP Melaka Ust Anwar bin Idris pula di serang dengan pelbagai tomahan oleh persatuan PMRAM. PMRAM sedaya upaya menghasut persatuan BKKIMM (persatuan yang telah dibatalkan pengiktrafan oleh kerajaan negeri melaka, kedutaan serta education malaysia egpyt) agar terus melakukan program di dalam bangunan Wisma Seri Melaka walaupun surat pekeliling telah di tampal di papan kenyataan melepasi 1tahun. Kebanyakan program anak-anak melaka seringkali menjadi program rasmi BKKIMM walaupun mereka sudah berjanji tidak akan mengguna lambang atau perkataan itu di dalam program berkenaan. Mereka seringkali menipu dan berbangga kerana dapat menipu pegawai kerajaan negeri. Walaupun saya dan Ust Muhd Anwar sering berlainan pendapat di dalam sesuatu perkara saya sangat RESPECT kepada dia kerana dia sanggup mengeluarkan wang ringgitnya sendiri bagi menampung kos elektrik dan air untuk bangunan Wisma Seri Melaka Mesir. Kerana apa??? ada segelintir yang suka menggunakan HAK orang lain tanpa membayar sewaan bulanan seperti pelajar-pelajar yang berdaftar untuk tinggal di dalam rumah kerajaan negeri melaka. Rumah kebajikan orang-orang tua pun kalau nak masuk mesti kena daftar apatah lagi rumah yang dikendalikan untuk pelajar di sini... Ust Muhd Anwar juga banyak mengeluarkan wangnya sendiri bagi menyelesaikan masalah di dalam bangunan Wisma Seri Melaka ...

Ust Khairi Jalaludin( Pegawai ATASE) juga menerima nasib yang sama. Di fitnah pelbagai cara sehingga akaun fbnya di HACK oleh persatuan ahli persatuan PMRAM ini. Walaupun Ust KJ ini difitnah di maki hamun dan sebagainya... dia sangat relax menghadapi dan berangapan bahawa perbuatan pelajar itu sekadar membuang masa sahaja...

PMRAM sebenarnya mahu ketiga-tiga pegawai pro-kerajaan ini dibawa balik kerana berangapan bahawa mereka ini menyusahkan pergerakan persatuan PMRAM di sini. PMRAM ingat mereka kebal dengan kad keahlian mereka di sini... dan Mereka terlalu yakin bahawa sekiranya kerajaan persekutuan bertukar tangan PMRAM ini boleh mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia... Sebanarnya PMRAM tidak paham2... nak mendapatkan pengiktirafan oleh kerajaan persekutuan mereka mesti membatalkan pendaftaran mereka di bawah kerajaan MESIR terlebih dahulu... 

akhir kata.... Walaupun ahli PMRAM majoriti di Mesir ini mereka juga tidak boleh menafikan bahawa mereka juga majoriti yang gagal setiap tahun di dalam pelajaran... yang menjadi pengajar pula adalah dikalangan yang gagal mengajar pula pelajar baru untuk gagal...

Nukilan Wan Motor

Yuran AL-AZHAR Naik Kerana BERSIH 2.0

Ramai pelajar baru yang hadir pada tahun ini terkejut dan agak kecewa dengan tindakkan yang dilakukan oleh KELAS BAHASA (lughah) kerana meminta bayaran yang amat tinggi kepada pelajar yang tidak lulus di dalam imtihan qobul baru-baru ini.

Pelajar yang ingin belajar di Universiti Al-Azhar di dalam pengajian islam perlu mengambil IMTIHAN QOBUL terlebih dahulu. Sekiranya mereka gagal mencapai tahap yang diperlukan, mereka tidak layak untuk masuk ke Universiti Al-Azhar tetapi akan di hantar masuk ke Markaz Bahasa. Ramai Mahasiswa Malaysia di Mesir tidak lepas melakukan IMTIHAN QOBUL, walaupun semenjak mereka sampai di sini Persatuan Rumah Negeri dan PMRAM banyak melakukan kelas dan latihan. Mungkin kerana persatuan ini atau PMRAM sendiri telah meletakkan pengajar yang tidak lulus pada waktu sebelum ini... waallahu'alam...

Saya ada terbaca posting dari blog Mediamesir.blogspot mengatakan kenaikan yuran yang sangat tinggi oleh markaz lughah ini tidak dipedulikan oleh pihak EDUCATION MALAYSIA EGPYT dan KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH. Ada juga yang menyalahkan Pegawai Rumah Negeri walaupun sebenarnya tidak ada kena mengena lansung. Mungkin kerana "kebebalan" segelintir ahli-ahli PMRAM ini mereka mahu menyalahkan orang lain dan tidak mahu kebebalan diri sendiri itu nampak oleh pelajar-pelajar baru yang lain terhadap mereka...

Mahasiswa Malaysia di Mesir perlu memahami situasi yang berlaku di kaherah ini dengan rasional dan tidak perlu menunding jari kepada pihak tertentu. Kerana ianya boleh mendatangkan FITNAH terhadap pihak lain. Sekiranya Pegawai Rumah Negeri yang PRO-PEMBANGKANG dan memang membela BINATANG bernama  MEDIAMESIR.BLOGSPOT ini baik nasihatkan dengan perkara yang baik. Jangan suka-suka sangat nak fitnah orang lain sana-sini. Di Kaherah ini tidak ada bangsa lain selain MELAYU BERUGAMA ISLAM... Patutnya kita perlu bersatu hati dan melakukan perpaduan. Bukan sebab tak ikut PMRAM maksudnya kami menolak perpaduan. GILA !

SEBAB KEMUNGKINAN KENAIKAN YURAN :-

1- Syeikh Al-Azhar sangat marah dengan Mahasiswa Malaysia di Mesir yang melakukan demontrasi BERSHIT 2.0 pada bulan 7 hari tu.. Rakaman Syeikh Al-Azhar masih saya simpan untuk dibuktikan pada masa akan datang.

2- Keadaan Negara Mesir yang tidak stabil membuatkan kenaikan harga yang tidak menentu menyebabkan markaz lughah juga telah menaikan harga yuran bagi pelajar baru bukan sahaja dari Malaysia malah dari semua negara...

3- Universiti Al-Azhar telah mengetatkan sistem pembelajaran.

Kepada Mahasiswa baru semua yang mengambil kelas lughah belajarlah bersungguh-sungguh ya... Jangan terikut orang yang suka MENIPU dan HIPOKRIT di dalam menyampaikan sesuatu dakyah dengan menutup kesalahan dengan AGAMA semata-mata. Allah kurniakan kita AKAL yang cerdik, jadi gunakanlah sebaik-baiknya... Ikutlah orang yang berjaya... Jangan jadikan orang yang tidak berjaya sebagai idola.. nanti terikut pula sama macam mereka... bertahun-tahun duduk di kaherah tak habis lagi belajar.. rupanya ada sebab kenapa nak duduk lama kat sini...  LU PIKIR LA SENDIRI....


Sunday, 4 December 2011

Jawapan Tun Mahathir Menolak hukum hudud Politik PAS.

Taknak cakap banyak dalam hal ini. Mari kita fahami secara jelas mengapa Qarinah juga digunapakai di dalam hukuman di Malaysia. Dan ianya membuktikan kerajaan Malaysia tidak menolak hukum Allah malah melaksanakan dengan adilnya...


Kepada penyokong politik BUTA yang tidak memahami agama islam dengan jelas, belajarlah bagaimana untuk memahami sesuatu isu dan modal politik sekiranya tidak mampu berfikir apa itu dikatakan dengan MODAL POLITIK AGAMA janganlah sesuka hati nak berguling tengah jalanraya semata-mata menentang kerajaan yang sentiasa menjalankan hukum islam yang sebenarnya adil di Malaysia...

"Belajar pun tak lulus ada hati nak mengatakan kerajaan zalim dan kafir, belajarlah ilmu agama islam dengan sedalam-dalamnya dulu"

Nukilan Wan Motor 

Berimejkan ALIM dan Warak tetapi MENIPU dan HIPOKRIT.

Sejak saya berada di Kaherah Mesir ni pelbagai-pelbagai watak saya telah jumpa. Pelbagai karenah juga saya temui di sini. Sebelum saya ke sini saya ingatkan orang di negara Mesir ni baik-baik semuanya... Tapi apa yang saya fikirkan itu semunya hilang !!

Tapi satu saya respect dengan sesetengah orang tempatan nih, sebab diorang bila sholat tak kira di mana... ada yang tepi jalanraya, di tempat kerja ataupun kat mana-manalah yang sesuai bagi diorang nih nak sholat. Kat Malaysia susah nak jumpa orang-orang mcm ni bila melakukan sholat. 

Tapi ada satu lagi yang saya tak berapa berkenan di sini. Orang-orang yang berimejkan ALIM dan WARAK ni tak kiralah lelaki ke perempuan yang suka sangat menipu dan mengumpat orang lain. Paling tak tahan tu FITNAH pun depa buat kadang-kadang. Tak pahamlah apa pendirian dan pahaman agama depa nih sampai melakukan perkara sedemikian tanpa memikirkan nasibnya di akhirat kelak.

Nak kata Ajarat sesat tu tak pula !! tapi seolah-olah golongan ini boleh melakukan apa sahaja terhadap orang lain yang tidak menyukai mereka. Melakukan sesuatu dengan sesuka hati mereka sahaja. haish... 

Ada satu golongan lagi yang saya tak berapa berkenan ni. Orang yang suka mengambil hak orang lain tetapi mengunakan tipu helah dan mengunakan ayat suci Al-Quran bagi orang lain mempercayai apa yang dia kata.. Sudahlah menumpang tanpa membayar apa-apa tuan empunya rumah pula dikatakan ZALIM. hehehe. tak tahulah sebenarnya berapa tebal muka puak-puak tak tahu malu ni.. 

Apa-apa pun saya cukup kagum dengan pelajar malaysia di sini yang mempunyai fikiran terbuka dari segala bab dan boleh menerima nasihat serta mematuhi peraturan tidak kira di mana sahaja. 

Mungkin apa yang terjadi di hadapan mata saya hari ini adalah pengajaran untuk saya di dalam meneruskan kehidupan. saya cuma boleh mendoakan agar orang-orang ini segeralah kembali kepada jalan yang benar. Maksud saya, tidak melakukan FITNAH, MENYEBARKAN BERITA BURUK, MENGUMPAT dan MENIPU. 

ALLAH MAHA MENGETAHUI ...


Nukilan Wan Motor

Thursday, 1 December 2011

Di Gelar Nabi Kerana Maksum dan Alim !!!

HANYA PEMIMPIN PAS SAHAJA BOLEH AMBIL GAMBAR SEPERTI INI !!! 

HARAP MAKLUM


Nukilan Wan Motor

Credit to AzmyAwang KelanaJaya

Islam di hina oleh PAKATAN RAKYAT !!!

PENGHINAAN TERHADAP ISLAM !!!



DAN UCAPAN YANG MENGHINA ISLAM


HAH !! MACAM MANA?? BEST TENGOK??

Inilah pejuang di dalam Pakatan Rakyat yang di sokong oleh sebahagian Mahasiswa di Malaysia mahupun di luar negara termasuk Mahasiswa di Mesir. Apa yang berlaku hari ini disebabkan PR merasakan mereka mampu merampas kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional. 

Sebelum ini tidak pernah berlaku penghinaan terhadap agama islam di Malaysia sehinggalah berakhirnya Pilihranraya ke12 pada tahun 2008. Selepas DAP berjaya mempunyai sebuah negeri ( 1lagi diberi kepada PAS Perak) Pulang Pinang, PKR juga 1 di selangor manakala 2 milik PAS) mereka telah menekan agama islam secara halus tanpa penyokong pas sedari perbuatan mereka.. 

Dengan baru-baru ini TONY PUA menyatakan bahawa PR akan mengurangkan penjawat awam bila PR berjaya mengambil alih kerajaan... di mana nak letakkan graduan2 IPT??? kerja sapu sampah??? part time kerja super market??? fikirlah gunakan akal fikiran !!!

Menolak PAS tidak bermaksud menolak islam kerana di dalam Al-Quran tidak pernah menyebut sebegitu rupa. PAS hanya sebuah parti yang di isi oleh ulama kepartian dan bukan ulama yang menyampaikan dakwah islamiah.. jangan terkeliru dengan penipuan duniawi..


berubahlah kita ! teruskan menyokong kerajaan perpaduan...

Menyokong PR seperti menabur pasir di dalam periuk nasi sendiri...


JANGAN MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI !!!


Nukilan Wan Motor !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...