Thursday, 19 July 2012

Selamat Datang Bulan Yang Mulia ~ ~ ~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah taala kerana sekali lagi diberikan peluang untuk menikmati bulan ramadan yang mulia ini... Syukur sangat-sangat ~ ~ ~

Tahun ini merupakan tahun yang kedua saya menyambut bulan ramadan di bumi qinanah bersama isteri saya... Tahun kedua juga tidak menyambut ramadan bersama kedua orang tua saya... Wah ! sedihnya hati (hati kecilku jangan bersedih !!!) hehehe...

Hujung bulan mei tempohari, kedua orang tua saya sebenarnya singgah di kaherah sebelum meneruskan perjalanan ke jeddah dan madinah bagi melakukan ibadah ummah. Masa tulah saya mengambil peluang salam, cium dan peluk kedua orang tua saya... Allah tu sangat memahami dan selalunya akan menunaikan permintaan hambanya... Insyaallah...






Jadi, saya rasa cukuplah untuk menjadikan satu kenangan di dalam bulan yang mulia pada tahun ini... Semoga saya dapat berjumpa lagi dengan kedua orang tua saya pada masa akan datang kelak.. Insyaallah mudah mudahan...

Saya ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN"... Semoga apa yang kita lakukan di dalam bulan ini dirahmati serta diberkati ya.. Insyaallah mudah mudahan... Saya juga memohon ampun sekiranya saya mempunyai sebarang kesilapan... Yang mana ada termakan atau terminum minta dihalalkan ya...

Salam perantauan ...

Nukilan Wan Motor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...