Friday, 13 July 2012

Semoga Arwah Abdul Khafiz Bin Mohammad Norok dirahmati Allah Taala...

Assalamualaikum...

Al-Fatihah.... Semoga Arwah Abdul Khafiz bin Mohammad Norok ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Insyaallah mudah mudahan.. Arwah merupakan salah seorang Mahasiswa Johor di Mesir...

Pegawai HEP Johor di Mesir iaitu Ust Husni Tamrin yang kebetulan berada di Malaysia telah melawat rumah orang tua Arwah dan telah mengucapkan takziah kepada keluarga.



Kejadian berlaku semasa Arwah bersama seorang rakannya ingin pulang ke rumah menaiki tramco ( pengkutan awam -van-). Semasa di dalam perjalanan, kedua-dua pelajar ini telah di samun di dalam van tersebut... 

Saya mengambarkan bahawa, Pemandu tramco dan penyamun tersebut mungkin bersubahat di dalam melakukan jenayah ini kerana rakan kepada Arwah mengatakan pemandu tersebut tidak melalui jalan yang kebiasaan yang digunakan oleh tramco lain... Akibat panik, Arwah telah terjun daripada tramco tersebut.. Selang beberapa minit kemudian, rakan kepada arwah juga turut terjun daripada tramco itu.

Arwah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan orang melayu di kaherah... 

Pen Peg HEP Johor memberi sedikit taklimat kepada pelajar yang hadir

Syeikh Redha Ali Dawish Pensyarah Maahad Qiraat Al-Azhar turut hadir 

Apa yang berlaku mempunyai hikmah dan tauladan... Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah taala seharusnya kita mengunakan sebaik mungkin... Kematian itu pasti hadir kepada kita dan ianya datang tidak mengenali jawatan apa... Sekiranya sudah gugur daun yang mengandungi nama kita maka bersiaplah (tapi adakah kita tahu tentang itu?) Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui....

Semoga Allah merahmati jenazah dan meletakkan arwah bersama orang yang dikasihi Allah...

Nukilan Wan Motor...Awa








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...