Saturday, 28 January 2012

Menghadiri Program di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah

Assalamualaikum...

27.01.2012 bersamaan hari jumaat, saya telah menghadiri satu program di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah bersama beberapa pelajar perubatan dari Universiti Al-Azhar dari kos DENTIS bagi mendengar sesi taklimat yang telah disampaikan oleh SETPOL Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Sahlan bin Ismail dan Dato Raja Arif bin Raja Ali kepada pelajar persendirian/ melalui agen.

Saya hadir ke program berkenaan sebenarnya adalah ingin mengiringi pelajar perubatan yang tidak dapat/ memperolehi pinjaman daripada mana-mana agensi mahupun kerajaan negeri. Saya juga telah mengambil kesempatan untuk mengenali SETPOL Perdana Menteri berkenaan dan Ketua Biro Tatanegara. 

Selepas program berkenaan, saya dan pelajar-pelajar berkenaan terus ke sekitar hayyu sabie' bagi membincangkan beberapa isu-isu semasa dan membincangkan program yang akan berlansung di Wisma Seri Melaka Mesir pada awal bulan 2 ini.

Kami juga sempat pergi melakukan riadah di IBC Center dan telah mengambil angin malam di Mohandesin dan sekitar Tahrir. Saya berasa sangat seronok berada di dalam kelangan pelajar-pelajar ini kerana saya dapat memahami apa sebenarnya kehendak yang mereka inginkan di dalam kehidupan mereka... 

walaupun mereka ini menginginkan kebebasan, mereka amat menjaga tatatusila mereka. Ahamdulillah... Saya tidak menafikan mereka ini sangat menghormati pegawai kerajaan negeri yang ada malah sentiasa membantu di dalam menjalankan tugas masing-masing. 

Saya mendoakan agar pelajar-pelajar ini akan sentiasa cemerlang di dalam pelajaran mereka.. setakat ini mereka sentiasa mendapat jayyid dan jayyid jiddan di peperiksaan mereka.. TAHNIAH... 






comel tak kucing ni... hehee....

Nukilan Wan Motor..

Pulang Ke Kaherah....

Assalamualaikum...

hmmm... entah mengapa kali ini, semasa nak bertolak pulang ke kaherah hati saya sebak tiba-tiba... bila melihat air muka mak saya, air mata saya juga terus meleleh... adehhh... sebak betul rasanya... maklumlah... walaupun saya ni anak yang degil... saya ni manja dan rapat dengan mak saya.. anak bongsulah katakan.. hehe...

isteri saya pun sama juga... menangis sebab saya nak balik ke kaherah... yelah, orang tengah tak sihat kena tinggal pula... haaa... tapi saya percaya isteri saya boleh menjalankan tugas sepeti biasa.. saya dah kenal dia lama... orang lama kata "kentut pun boleh cam lah" hehe... 

semasa meninggalkan keluarga untuk pulang ke kaherah, saya telah berjanji pada orang tua saya iaitu saya nak kumpul duit untuk memberi kepada kedua orang tua saya untuk melakukan ibadah umrah pada pertengahan tahun ini.. insyaallah saya akan tunaikan...

saya mendoakan agar kedua ibubapa saya dan mentua saya akan sentiasa dilindungi dengan rahmat Allah taala dan sentiasa dijauhkan daripada hasad dengki dan tipu daya syaitan.. insyaallah mudah mudahan...

ayah saya


mak saya


anak buah kesayangan saya

anak buah kesayangan saya

puteri dan shamel ... (",) !

Semoga Allah merahmati keluarga kami dan sentiasa diberikan rezeki yang halal serta diberkati...

Nukilan Wan Motor...

Kenangan 18 Hari Malaysia...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Pejam celik pejam celik dah sampai balik Kaherah... Sekajap sahaja 18 hari di malaysia... banyak juga kenangan-kenangan yang dilakukan di sana... hehehe... 

lihat sahaja gambar-gambar di bawah... heeee

Bersama rakan-rakan di sekolah menengah dahulu...

Adik Razif yang kini belajar di UPSI..


Rakan dari kecil... Cik Nurwaty....

Pegawai Akauntan Tapem

Kedua orang mentua ku di Pasir Mas, Kelantan..



Sahabat dari Shah Alam...

Dating malam terakhir di Malaysia bersama isteri tercinta...

Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang nak upload.. tapi takpelah... keluarkan sikit2 jelah ye.. hehe.. kang ada pula yang nak sabotaj.. hehe... 

Nukilan Wan Motor...

Mengunjungi Pembela Barisan Nasional di Kota Cemerlang

Assalamualaikum...

semasa cuti jangka pendek di malaysia, saya juga telah mengambil kesempatan untuk bertemu dengan Ayahda Amir Hamzah bin Tan Sri Aziz Tapah di pejabat Pembela Barisan Nasional Melaka bertempat di Kota Cemerlang.

Kedatangan saya hanyalah untuk bertemu dengan ayahda amir hamzah untuk bertanyakan khabar setelah sekian lama kami tidak berjumpa ekoran saya telah duduk sementara di kaherah... Selain itu saya juga mengucapkan tahniah kepada beliau kerana telah mendapat pingat JP yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Melaka.

Alhamdulillah saya melihat pelbagai permasalahan yang melanda oleh segelintir masyarakat di dalam Melaka telah diselesaikan oleh Pembela Barisan Nasional Melaka. Diharapkan Ayahda Amir Hamzah terus berjuang untuk membantu masyarakat yang berada di dalam kesusahan.

Semoga usaha yang dilakukan oleh Ayahda Amir Hamzah bn Tan Sri Aziz Tapa akan dibalas oleh Allah taala ... Insyaallah mudah mudahan ya...


Nukilan Wan Motor

Melawat Seorang Mahasiswa(UNITAR/KYM) Yang Baru Melahirkan Anak Sulongnya...

Assalamualaikum..

Saya telah mengambil kesempatan bersama isteri saya untuk membuat kunjungan di rumah seorang mahasiswi yang merupakan "frasie" saya sewaktu saya di Kolej Yayasan Melaka di sekitar Alor Gajah... Kebetulan mahasiswi ini baru sahaja melahirkan anak sulongnya...

Adik Nurhidayah ini merupakan pelajar tahun akhir di kym/unitar yang mengambil kos pengurusan awal kanak-kanak... Sebenarnya isteri saya yang beria-ria nak mengunjungi rumah adik hidayah ni... sebab nak melihat anak adik hidayah ni... maklumlah... saya dan isteri bernikah selepas 2 minggu adik hidayah ni melansungkan pernikahannya.. jadi jaraknya tak berapa jauh.. hee...

apa-apa pun adik hidayah dapat menimang cahaya mata lebih awal daripada kami... kami mendoakan agar adik hidayah terus menjadi isteri yang baik kepada suami dan anaknya... kami mendoakan semoga kedatangan cahaya mata anda memberi seribu satu kebahagian di dalam kehidupan rumahtangga anda berdua.. insyallah mudah mudahan ya...




Tahniah Adik Nurhidayah... 

Nukilan Wan Motor

Pulang ke Malaysia...

Assalamualaikum

Pada tarikh 5,01,2012 saya bersama isteri telah pulang ke tanah air... Kepulangan saya ke tanah air untuk kali pertama selepas hampir 9bulan saya berada di sini adalah bagi mendapatkan rawatan susulan untuk isteri saya yang keguguran pada 30.12.2011... 

Walaupun berasa sedih di atas keguguran isteri, saya tetap bersyukur kerana isteri saya masih kuat menerima dugaan yang tidak dijangka ini... dan kami percaya bahawa Allah tetap akan memberikan rezeki kepada hambanya...



Terima kasih kepada pelajar dan Pegawai Melaka yang telah meluangkan masa untuk mengiringi saya ke Terminal Kaherah... Jasamu akan saya kenang... 

Sunday, 1 January 2012

Tahun 2012 Akan Lebih Baik Dari 2011

Assalamualaikum saya ucapkan kepada pembaca blog Nukilan Wan Motor...

Saya mendoakan agar semuanya di dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dilindungi dengan rahmat Allah taala... Insyaallah mudah mudahan ya... Semoga tahun 2012 ini akan menjanjikan yang terbaik kepada kita semua...

Bulan januari ini adalah bulan peperiksaan kepada Mahasiswa Malaysia yang menuntut di beberapa buah universiti di Mesir ini. Jadi saya tidak mahu berkata apa-apa melainkan hanya mendoakan yang terbaik kepada semua mahasiswa/wi baik dari perubatan mahupun pengajian islam.

Saya sangat mengharapkan anda semua berjaya di dalam pelajaran pada tahun ini amnya kepada Mahasiswa Anak Melaka di Mesir. Saya suka melihat Mahasiswa/wi Anak Negeri Sembilan di Mesir ini kerana kebanyakan mereka bejaya di dalam pelajaran dengan purata peratusan yang tertinggi di kalangan 14 buah negeri yang ada di sini. Saya sebenarnya mahu Mahasiswa/wi Anak Melaka di Mesir mencontohi cara pembelajaran yang mereka jalani.

Sejak awal bulan 12 tahun lepas, Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka iaitu Ustaz Muhd Anwar bin Idris telah membenarkan Pensyarah daripada Universiti Al-Azhar hadir untuk membuat kelas tambahan untuk pelajar perubatan di sini. Ianya terus berjalan dan terbuka kepada mana-mana mahasiswa perubatan.

Insyaallah pada awal bulan ini saya akan pulang ke tanah air dan berusaha mendapatkan peruntukkan bagi merialisasikan kelas tambahan bagi pelajar pengajian islam iaitu "kelas bahasa" dan beberapa kelas lagi untuk pengajian islam. Pihak pentadbiran yang diketuai oleh Ust Muhd Anwar bin Idris sebenarnya telah merancang banyak perkara bagi meningkatkan lagi kualiti dan cara pembelajaran Mahasiswa Anak Melaka di Mesir ini.

Insyaallah, saya sangat berharap Anak Melaka di Mesir ini akan berjaya sekurang-sekurangnya makbul dan tidak ada yang gagal lagi pada setiap tahun. Saya yakin dan percaya Anak Melaka di Mesir ini semuanya berkebolehan dan tidak mahu melihat kedua orang tuanya kecewa kerana kegagalan...

Harapan saya adalah kamu berjaya di dalam pelajaran kelak...


Nukilan Wan Motor

Isteri Saya Keguguran

Sejak kebelakangan ini saya mengalami sedikit kesedihan di atas keguguran kandungan isteri saya... Apa-apa pun saya dan isteri redha dengan perkara ini dan menganggap ianya satu ujian daripada Allah taala di dalam keluarga kami...

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pelajar yang sentiasa mengambil berat tentang isteri saya dan sanggup menemani kami ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan. Segala jasa baik anda saya hargai dan sentiasa menjadi kenangan di dalam hidup saya..



Nukilan Wan Motor...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...