Friday, 24 February 2012

Pepagi lagi dah buat karipap... ~ ~ ~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Terasa seronok pula bila semakin hari semakin akrab dengan Pelajar Dentis Al-Azhar tahun 2 dan 3 yang tinggal di luar rumah negeri ini... 

Bangun pagi je pelajar-pelajar ni ajak buat karipap... Perghh... payah juga nak buat karipap ni sebenar... Patutlah isteri saya kalau masak karipap dia suh tolong dia.. hehe.. 

Terima kasihlah kepada Amy Musri yang telah mengajar saya membuat karipap ni... hehehe.. seronok la buat karipap ni... 




Yeahhhh.. dah pandai buat karipap dah...:) 

Nukilan Wan Motor

Thursday, 23 February 2012

Bawa Mahasiswa Dentis Al-Azhar ke Program Kelab Peguam Muda Malaysia (Mesir)

Assalamualaikum...

Terima kasih saya ucapkan kepada jemputan khas dari Pengerusi Kelab Peguam Muda Malaysia (KPMM) Mesir, Al Fadhil Ustaz Mohd Faizal Sahbon yang telah menjemput saya ke programnya sebentar tadi... 

Terima kasih juga kepada Pengerusi Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Mesir, Dr Syed Luqman Hakim bin Syed Alwi yang sudi mengikuti rombongan ke program berkenaan. Tidak lupa kepada Wakil Kelab Persidangan Meja Bulat, Dr Muhammad Khairul Syafiq bin Azahari yang bertungkus lumus di dalam mencari ahli-ahli lain bagi mengikuti forum berkenaan. Terima kasih saya ucapkan...

Sepintas lalu gambar kami di program berkenaan...










Di dalam forum berkenaan. Terdapat seorang di kalangan kami iaitu Muhd Safwan bin Majid yang merupakan pelajar Dentis Al-Azhar tahun dua telah memberikan satu soalan yang dianggap istimewa di dalam forum berkenaan.. Soalan berkenaan adalah... " Adakah perundangan di Malaysia menyalahi hukum syarak? "

Jawapan yang telah di jawab oleh Dato' Zainal Rijal din Abu Bakar adalah : -

Perundangan di Malaysia sebenarnya tidak melanggar hukum syarak. Walaupun kerajaan malaysia tidak menjalankan hukum hudud. Kerajaan Persekutuan masih lagi menjalankan salah satu hukum islam iaitu Takzir... 

Sebenarnya sebelum kami menyuruh adik Safwan memberikan soalan berkenaan kami telah bersepakat sekiranya jawapan yang diberikan oleh ahli panel tersebut mengatakan perundangan malaysia telah melanggar hukum syarak kami tidak akan sesekali menyokong kerajaan yang ada pada hari ini... Tetapi apa yang jawapan yang diberikan oleh ahli panel itu membuatkan kami gembira...

Tidak sia-sia kami sentiasa mendukung usaha kerajaan persekutuan yang ada hari ini.. Syukur Alhamdulillah... Maksudnya di sini, Sekiranya kami menentang kerajaan yang di pimpin oleh bangsa melayu beragama islam kami boleh di anggap khawarij... Subhanallah... 

Bestnya.. dapat ilmu hari ini..... Syukur pada Allah taala.. terima kasih kepada semua....

Terima kasih kepada urusetia yang telah memberikan sijil penyertaan kepada kami ...

Kelab Persidangan Meja Bulat (KPMB) Mesir...

Nukilan Wan Motor

Wednesday, 22 February 2012

Pelajar Sekolah Asyik Melakukan Maksiat Tidak Sedar Aksi di Rakam !!!

Assalamualaikum...

Hmm... Seingat sayalah kan... Masa zaman sekolah dulu takde pun terniat nak melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Walaupun nakal di sekolah menengah dulu, bak kata kengkawan "sapa tak kenal si botak tu" hehe.. hari-hari cikgu buat announcement suruh saya masuk kelas.. hehe... kira nakal lah tu kan... Nakal-nakal pun pepagi kena baca doa di perhimpunan... :) 

Masa kat sekolah menengah dulu kalau kena rotan pun tak kisahlah... Dah lali sangat kena sebat kat pungung ni... naik kematulah orang kata... haha.. Walaupun kena rotan dengan pelbagai cikgu di sekolah takut juga nak bagitau pada orang tua saya... Kalau saya bagitau kompem2 je saya kena lagi... hehe... Anak bongsu tak anak bongsu.. balun tetap kena balun... hehe... Tapi manislah zaman sekolah dulu... kawan-kawan saya yang nakal mahupun yang tak nakal semuanya berjaya dengan bidang masing-masing. Alhamdulillah. Takde pula kes-kes yang melibatkan tangkap basah o tangkap kering... 

Berbeza benarlah pelajar sekolah menengah sekarang ni... Nakal depa membawa ke jalan yang sangat tidak baik.. Apa kes yang kita belum pernah berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah sekarang ni? seks dalam darjah? gaduh melibatkan pelajar perempuan sebab rebut lelaki ? kes buang anak ? seks beramai-ramai ? kena tangkap dalam tandas? semuanya yang saya katakan tu semuanya pernah berlaku. Mengapa jadi seperti ini? pelik tak?

Malah ianya bukan sahaja melibatkan sekolah menengah biasa sahaja tetapi sekolah berasrama dan sekolah-sekolah agama juga turut menular. Kejatuhan moral di kalangan pelajar sekolah agak membimbangkan hari ini. Satu kes di Kedah sebagai contoh, Seorang pelajar sekolah aliran agama perempuan dijatuhi hukuman oleh mahkamah kerana didapati bersalah di atas membuang bayi yang baru sahaja dilahirkan di tempat pembuangan sampah... Pelik tak kenapa orang yang berpendidikan agama juga tidak dapat melarikan diri daripada melakukan perkara-perkara yang jahil ini... Pergaulan bebas di kalangan pelajar lelaki dan perempuan sangat-sangat membimbangkan. 

Kita boleh di lihat di laman media sosial di mana ramai pelajar sekolah berpakaian ala menjolok mata... Ada sesetengah tu bukan sahaja menjolok mata tetapi mengorek mata... perkara ini benar dan tiada siapa boleh menafikan... 

Pelbagai kempen untuk mencegah gejala ini berlaku tetapi semakin berkembang pula kegiatan ini sehingga tidak dapat dibendung. Tapi apa yang saya fikir ketika dahulu memang benar. Kecanggihan yang ada hari ini sebenarnya memberikan kerosakan kepada kita sendiri... cuba lihat gambar di bawah ini... 

bukan gambar hiasan.. ini betul-betul.. bukan cobaan...

bukan gambar hiasan.. ini betul-betul.. bukan cobaan...

bukan gambar hiasan.. ini betul-betul.. bukan cobaan...

bukan gambar hiasan.. ini betul-betul.. bukan cobaan...

bukan gambar hiasan.. ini betul-betul.. bukan cobaan...

Hmmm... Sedihkan... ada je tempat depa ni untuk melakukan perkara sedemikian. Nasiblah saya ni takde adik... Kalau saya adik dan dia buat macam ini memang dia makan dengan straw la gamaknya... 

Senang cerita pelajar sekolah menengah sekarang ni tidak kira sekolah biasa ataupun sekolah luar biasa memang tak boleh di tegur... bila di tegur kita pula di marahnya... Kalau jumpa terus report dan jangan bagi muka pada remaja yang melakukan perkara seperti atas ni... Jangan dibiarkan mereka terus menconteng arang di muka orang mereka.. 

Ini adalah tangungjawab kita semua sebagai umat islam di Malaysia untuk menangani masalah sosial yang berlaku di kalangan pelajar dan bukan hanya menyalahkan sebelah pihak. sekali kita menunding jari terkena pula pada diri sendiri nanti... Baik jangan menunding jari.. sama-sama kita ikhtiar mencari jalan untuk membendung gejala ini... Tangungjawab bersama...

Nukilan Wan Motor.

Kelebihan Surah As Sajdah ~ ~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Fadilat Surah As Sajdah
  1.  Hadis riwayat Al Bukhari daripada Abi Hurairah R.A berkata : "Nabi S.A.W membaca pada sholat fajar(subuh) pada hari jumaat (alif laam mim tanzil ) As Sajdah dan ( Hal Ata Alal Insan) In-san" 
  2. Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata " Nabi S.A.W TIDAK TIDUR HINGGA di baca Surah As Saajdah dan Al Mulk.
Intisari Surah As Sajdah

Surah As Sajdah adalah surah ke 32 dalam Al-Quran... Surah ini terdiri atas 30 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyah serta diturunkan sesudah surah Al Mu'minum. Dinamakan As Sajdah berhubung pada surah ini terdapat sajdah (sujud) pada ayat ke 15.

Keterangan Ayat 4-5

Allah menjadikan langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya dalam masa enam hari, iaitu enam masa yang tertentu, kerana sehari pada sisi Allah adalah kira kira seribu tahun lamanya pada kita. Kemudian Allah bersemayam di atas Arasnya (takhta Kerajaannya). Sebagaimana seorang raja memerintah di atas takhta kerajaannya untuk mengatur dan melaksanakan pemerintahannya, maka Allah mengatur alam yang luas ini dan memerintahnya dari Arasynya. Tetapi Arasy Allah itu tidaklah serupa dengan takhta raja sebagaimana Allah tidak serupa dengan manusia. Maka Arasynya juga tidak serupa dengan takhta raja. Sebab itulah Allah yang mengetahui hakikat Arasy itu.


Kata sesetengah ahli tafsir, perkataan ini adakah kata kiasan, untuk mengambarkan bahawa Allah mengatur sekalian alam dan memerintahkan dari pusat pemerintahannya, sebagai raja memerintah negeri dari atas takhta kerajaannya..


Keterangan Ayat 15-17


Orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Allah ialah orang yang bila diberi peringatan dan pengajaran , mereka tunduk dan sujud ke bumi serta bertasbih memuji tuhan, sedang mereka tidak sombong. Mereka tidur pada malam hari kerana meminta (berdoa) kepada Allah dengan hati takut serta mengharapkan pada rahmat Allah taala. Selain daripada itu mereka membelanjakan sebahagian rezeki yang dianugerahkan Allah untuk ahli keluarganya dan fakir miskin yang melarat dan sengsara. Allah menyediakan untuk mereka itu syurga dengan bermacam-macam kesukaan, kegembiraan dan kesenangan hati.


Firman Allah bermaksud "aku menyediakan untuk hambaku yang soleh apa-apa yang belum pernah di lihat mata dan belum pernah di dengar telinga dan tidak terlintas di dalam hati manusia sedikit juga". Kesenangan di dunia ini dicampuri oleh kesusahan, tetapi kesenangan di akhirat pula tidak bercampur sedikit pun dengan kesusahan. Itulah balasan terhadap amalan soleh.


Keterangan Ayat 20-22


Adapun orang-orang ang fasik dan derhaka pada Allah taala, tempat tinggalnya dalam neraka, mendapat seksa api yang menyala-nyala. Setiap kali hendak keluar dari neraka itu, akan dikembalikan semula di dalamnya.. dikatakan kepadanya " rasailah(tahanlah) seksa neraka yang kamu dustakan selama ini !" Allah mendatangkan seksa kepada mereka diatas dunia ini, sebelum tiba seksa di akhirat yang lebih besar, supaya mereka bertaubat dan meminta ampun kepada Allah, Tetapi mereka juga tidak mahu bertaubat, meskipun diberi peringatan dan pengajaran. Sebab itu Allah menyeksa orang-orang yang berdosa itu.


Dalam ayat ini nyatalah, Allah menyiksa orang-orang yang berdosa diatas dunia sebagai balasan dosannya itu. Tetapi jika terus membuat dosa, maka Allah akan menyeksanya di dunia dan akhirat. Maka balasan dosa itu bukan di akhirat sahaja malah diatas dunia ini juga. Sebab itu insaflah wahai orang-orang yang derhaka kepada Allah dengan melanggar aturan agamanya. Marilah kita bertaubat kepada Allah taala sebelum roh kita berpisah dari jasad.

*Jom amalkan surah As Sajdah setiap pagi (selepas sholat subuh) dan sebelum tidur (malam)...


Nukilan Wan Motor

Monday, 20 February 2012

Aku Anak Melaka !

Assalamualaikum...

arghhh.. dah lama rasanya tak update blogspot ni sejak balik dari Malaysia pada awal bulan satu hari tu... hehe... sebenarnya tangan dan mata gatal bila melihat ada segelintir "kanak-kanak riang" ingin melakukan provokasi kepada Pegawai dan Pembantu Pegawai Melaka.

Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah taala di atas pemberian nikmatnya ke atas diri saya, dengan itu saya dapat terus berada atas dunia ini bagi melakukan perkara-perkara yang telah diperintahkan olehnya(Allah) dan amanah yang telah diberikan majikan saya... Thank you Allah ~ ~ ~

Sejak perjumpaan Pegawai Melaka serta saya sendiri bertemu 8 mata bersama Presiden PMRAM dan BP PMRAM Melaka(walaupun tidak diiktiraf oleh kerajaan Negeri Melaka) saya merasakan ada sedikit perubahan yang berlaku. Alhamdulillah... Saya mengharapkan perkara ini dapat diteruskan selepas ini dan sehingga bila-bila... 

Cuma saya sebenarnya agak kecewa dengan beberapa 2 3 ahli PMRAM Melaka yang terlalu "hardcore" ini kerana cuba melakukan provokasi terhadap pegawai yang telah diamanahkan untuk menjaga kebajikan mereka di sini. Masyaallah... Buat-buatlah bertaubat wahai 2 3 ahli PMRAM Melaka ni... Jangan sering menabur fitnah ke sana ke mari... Di dunia awak boleh tipu sesiapa sahaja... Di akhirat kelak boleh nak menipu di hadapan Allah taala? 

Berentilah melakukan sebarang provokasi ni... Dan diharap semua Anak Melaka dari pengajian islam secara amnya boleh menghormati peraturan Rumah Negeri Melaka di Mesir ni... Setiap Rumah Negeri di Mesir ini masing-masing mempunyai peraturan sendiri. Jadi sila hormati ya... Bagaimana orang lain nak menghormati awak sekiranya awak sendiri tidak tahu menghormati orang lain kan... So, saya harap janganlah nak nakal-nakal sangat ya... :) Nanti kena cuit sakit tau... Cuit kat bahu tak sakit sangat tapi kalau dah kena cuit kat hati nanti baru ada akal... 

Tak malu ke menyebarkan fitnah dan cerita yang tidak baik kepada orang lain? Kalau memang dah jenis perangai tak tahu malu tu memang saya dah tak boleh kata apa lagilahkan... Cuma saya nak pesan ni... Malulah dengan Allah taala dan kedua orang tua anda. Kerana apa yang dilakukan oleh awak sebenarnya tercalit arang di muka orang tua... Janganlah sesekali menconteng arang di muka orang tua ya... Malu la...

Sebenarnya sebagai seorang mahasiswa Pengajian Islam kita perlu bertungkus lumus untuk mendalami ilmu agama dan apa yang di pelajari itu boleh dipraktikan di dalam kehidupan seharian. Malangnya, si segelintir ini tidak melaksanakan ilmu dengan baik malah ianya disalahkan gunakan untuk menyebarkan fitnah kepada pelajar lain. Malunya bila ada pelajar yang sebegini rupa. Saya sayang dengan "KORANG" semua dan saya menganggap kamu semua seperti adik-adik saya(sebab saya anak bongsu jadi takde adik)... Saya mahu korang belajar bersungguh-sungguh di sini dan pulang ke Malaysia membawa pulang kejayaan untuk ditunjukkan kepada kedua orang tua kamu... Dua perkara sahaja yang saya minta... Pertama adalah ingin kamu berjaya di dalam pelajaran... Kedua patuhi peraturan Rumah Negeri Melaka.

Masa kamu sekolah Maahad atau sekolah-sekolah agama takkanlah takde undang-undang? Saya faham Pandangan orang adalah berbeda-beda. Tapi janganlah sampai tak suka dengan seseorang individu terus nak sebarkan fitnah dan buat cerita andaian kepada orang lain. Tak baik macam tu sayang ~ ~ ~ 

Saya harap kamu Anak Melaka di Mesir terus menumpukan pelajaran di kuliah. Walaupun kuliah bagi Mahasiswa Pengajian Islam tidak wajib di Al-Azhar , kamu pergilah kuliah... Menuntut ilmu mestilah nak mencari ilmu yang berkatkan. Jadi bersungguh-sungguhlah ya... Berentilah melakukan perkara yang tidak sihat ini... Pegawai Melaka yang diketuai oleh Ustaz Muhd Anwar bin Idris kat sini tak pernah menzalami pelajar... Jangan buat andaian tidak kena pada tempatnya... takut barangkali menjadi fitnah...

Saya sayang semua Anak-Anak Melaka di Mesir.... Pesanan saya untuk kamu semua :-

  • Belajar bersungguh-sungguh ya....
  • Jangan tinggalkan sholat 5 waktu sehari semalam
  • Sentiasa mendoakan kedua ibubapa kita di Malaysia
  • Doakan kesejahteraan kepada insan yang pernah membantu kita dalam sedar mahupun kita sedar
  • Jadilah mahasiswa yang rajin dan sentiasa menjaga kebersihan
  • Buangkan sifat dendam dan hasad dengki sesama islam
  • Hormat menghormati antara pegawai dan rakan-rakan
  • Bertegur sapalah di dalam Bangunan Wisma Seri Melaka Mesir ini agar tidak putus dimasuki rahmat daripada Allah taala... Insyaallah muda mudahan kita semua dilindunginya...
Semoga perkenalan kita selama ini dirahmati diberkati dan dikasihi oleh Allah taala... Amin...


Sebelum terlupa... Isteri saya mengucapkan terima kasih kepada mahasiswa-mahasiswa yang mengambil berat dengan menanyakan khabar tentang dirinya akibat keguguran baru-baru ini dan mengirim salam kepada kamu semua...(Assalamualaikum)


Nukilan Wan Motor

Friday, 17 February 2012

Ustaz Nik Aziz Nik Mat Perlu Sedar !!!

Assalamualaikum...

Bersatulah atas landasan yang benar... Tolong jangan pesong akidah anak-anak muda lagi... Orang-orang muda pun kena sedar juga bahawa jangan memperjudikan nasib kita pada bangsa dan agama lain...

Nilai sendiri video ini... Tiada edit-edit pun...


Jangan jadi seperti orang yang suka menyebarkan fitnah kepada pemimpin negara sendiri hanya kerana mengejarkan kuasa dan kepentingan peribadi..



Nukilan Wan Motor...


Thursday, 9 February 2012

Penyerahan Tugas Kepada Pengerusi Baru (Kelab UMNO Kaherah)

Assalamualaikum

Penyerahan tugas oleh mantan Pengerusi Kelab UMNO 2010/2011 Wan Sherhan Seruji kepada Hafiz Hamzah dalam Majlis Apresiasi Kelab UMNO Kaherah baru-baru lalu bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, Mesir


Ucapan sepatah dua daripada Mantan Pengerusi pada majlis berkenaan...

Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillahirabbilalamin
Wasollatu Wassalam Mua’la Asyrafil Anbiya Iwal Mursalin
Wa Ala Alihi Wasohbihi Ajmain

Terima kasih Saudara/Saudari Pengerusi Majlis

Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia Ke Mesir
Professor Madya Dato’ Dr. Mohd. Fakhrudin Bin Abdul Mukti

Serta Yang Berbahagia Datin

Yang dihormati
Pengarah EM Egypt
Professor Madya Dr Hj Suaidi Dato' Hj Safei


Yang Berusaha

Pengerusi Kelab UMNO Kaherah Sesi 2011/2012
Saudara Hafiz Bin Hamzah

Serta Isteri 

Yang amat dihargai,

Barisan Mantan Ahli Majlis Tertinggi Kelab UMNO Kaherah Sesi 2010/2011

Yang diamanahkan,

Barisan Ahli Majlis Tertinggi Kelab UMNO Kaherah Sesi 2011/2012

Yang dihormati,

Barisan Ahli Lembaga Penasihat Kelab UMNO Kaherah

Barisan Kepimpinan Kelab UMNO Cawangan-cawangan lain di Mesir

Yang paling dihargai

Para Ahli Kelab UMNO Kaherah dan cawangan-cawangan lain.

Para pegawai-pegawai kedutaan , agensi serta negeri

Serta Hadirin yang dirahmati Allah.

Assalamualaikum WBT

Mula-mula sekali saya ingin menyatakan kesyukuran saya ke hadrat Allah SWT dengan limpah dan kurniaNya Malam Aprisiasi Kelab UMNO Kaherah dapat dijalankan di dalam Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah ini.

Setahun berlalu tanpa disedarkan,
Mengundang pelbagai mulut yang berkata;
Hamba di sini memohon keizinan,
Seorang mantan membuka kata.

Tahun 2010/2011 merupakan suatu tahun yang memang sukar dilupakan untuk semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir di mana ramai yang di sini mengalami secara sendiri suatu detik yang kita tidak pernah jangka dan tidak pernah terlintas di dalam fikiran kita semua. Apakah ini suatu suratan atau kebetulan, kerana pada jangka masa yang sama, diri ini telah diamanahkan untuk memikul tanggungjawab dalam memimpin Kelab UMNO Kaherah. Sudah tentu dalam jangka masa ini pelbagai cabaran, dugaan, kejayaan, kekecewaan , pahit serta manis telah dilalui. Pengalaman seperti ini tentunya suatu pengajaran buat diri saya secara peribadinya. Secara peribadinya, saya sendiri tidak akan pernah mampu menggalas segala tugasan secara solo tanpa bantuan dan sokongan daripada kalian. Apalah erti saya sebagai seorang Pengerusi tanpa sokongan para ahli serta para pelajar. Tidak ada kekuatan saya sebagai Pengerusi tanpa kerjasama para barisan kepimpinan Kaherah dibawah pimpinan saya serta rakan pimpinan dari cawangan yang lain. Mungkin Pengerusi ini bakal tergelincir tanpa nasihat dan dorongan daripada kekanda dan ayahanda dari Barisan Ahli Lembaga Penasihat serta para pegawai. 
Mana mungkin diri ini akan terubat dari kesedihan , kegusaran serta kekecewaan tanpa sentuhan keibuan daripada PERWAKILAN di bawah kepimpinan Yang Berbahagia Bonda Datin Zaharah Binti Md Hashim. Tidak mungkin saya mampu berdiri di sini sebagai Pengerusi tanpa naungan ayahanda Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia Ke Mesir Professor Madya Dato’ Dr. Mohd. Fakhruddin Bin Abdul Mukhti. Hasil kerjasama, sokongan serta bantuan semua, barulah Kelab UMNO Kaherah dibawah pimpinan saya untuk sesi 2010/2011 diberi Anugerah Khas oleh Kuala Lumpur pada Perhimpunan Agung yang lepas. Anugerah ini, merupakan penghargaan kepada semua, ini merupakan hasil kerjasama dan usaha gigih keras dari semua. Tidak ada kejayaan solo atas anugerah ini, tidak ada ada pihak yang boleh mengambil kredit 100% daripada anugerah ini, kerana anugerah ini anugerah kita, anugerah ini milik kita secara satu pasukan. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua

Mohon maaf pembuka kata,
Kali terakhir di pentas cerita;
Tidak berniat memanjang kata,
Hanya ingin berkongsi suatu ceritera.

Hadirin yang dihormati,

Pada kesempatan ini saya ingin membawa hadirin untuk melihat Kelab UMNO Kaherah secara spesifiknya dan amnya kita sebagai  kelompok pelajar di Mesir ini akan ertinya suatu kerjasama. Untuk memudahkan cerita izinkan saya menceritakan mengenai team bola sepak, mesti ramai yang tahu mengenai bola sepak, andai tidak main bola sepak sekurangnya tahu sedikit sebanyak mengenai bola sepak. Seperti kita tahu permainan bola sepak merupakan permainan berpasukan dan terdiri daripada pelbagai posisi serta entiti.

Posisi pertama : Penyerang

Untuk pengetahuan semua posisi ini tidak mempunyai banyak kuota, dan hanya yang hebat menyerang dan mempunyai sifat ingin menyerang mampu untuk membarisi sebagai pasukan penyerang. Tugas penyerang ini tidak lain tidak bukan untuk menyerang dan menjaringkan gol. Peratusan mereka untuk menjaringkan gol pula adalah amat tinggi berbanding dengan posisi yang lain kerana kedudukan mereka paling dekat dengan tiang gol lawan. Penyerang pula selalunya terkenal berbanding dengan pemain posisi lain. Penyerang pula selalu diangkat sebagai wira kemenangan suatu pasukan. Penyerang pula ada pelbagai jenis dan pelbagai sifat, ada yang bijak membantu barisan yang lain serta menunggu masa yang sesuai untuk menghasilkan jaringan yang tentu pasti gol. Ada pula penyerang yang pantang dapat bola di kaki terus membuat rembatan asal bergaya gol belakang cerita. Tidak kurang juga yang tidak ada bola di kaki tapi tetap ligat membuat aksi menyerang janji bergaya biar bola di kaki lawan. 
Jangan lupa sekali sekala kita import penyerang, tetapi penyerang ini hanya menyerlah di “home” dan bila terpaksa bermain di “away”  dia melakukan serangan yang memudahkan lawan melakukan “counter-attack”. Tatkala pasukan diserang balas, penyerang tersebut hanya melihat dan akhirnya pasukan bola itu dibolosi dengan gol. Walaubagaimanapun, penyerang ini akan selamat daripada cemuhan para penyokong kerana akhirnya, kekalahan tersebut adalah akibat kesalahan barisan pertahanan dan penjaga gol. Tetapi seorang penyerang, tatkala dalam kemenangan, dia akan dinobatkan sebagai wira yang berjaya menjaringkan gol sekali gus kita tidak dapat menafikan kepentingan seorang penyerang.





Posisi Kedua: Barisan Tengah (Midfielder)

Barisan ini sebenarnya barisan yang penting kerana menjadi perantara pertahanan dan penyerang, barisan ini jugalah menjadi barisan yang mencorakkan suatu permainan. Barisan tengah yang gah memudahkan penyerang dan menguatkan pertahanan. Barisan tengah ini memerlukan daya intelek yang tinggi untuk mengatur corak permainan agar sentiasa mantap dan nampak cantik. Suatu jaringan yang mantap datang daripada bantuan atau “assist” yang memudahkan suatu penyudah. Namun kadang kala lumrah manusia kita hanya ingat pada kesudahan dan tidak ingat kepada jalan kepada suatu kesudahan itu. Ramai yang ingat dengan gol kemenangan oleh James Wong ketika menentang Korea Selatan pada tahun 1980, tapi tidak ramai yang ingat gol beliau adalah hasil hantaran cantik Hassan Sani selepas mengelecek ramai barisan pertahan lawan.


Maaf andai kata kurang manis,
Hanya sekadar cerita untuk dikongsi;
Panjang cerita bukan janji manis,
Seorang mantan tidak mampu menabur lagi


Posisi seterusnya: Pertahanan (Defender)

Barisan ini tentunya penting untuk menahan daripada serangan lawan, barisan ini haruslah membawa sikap biar putih tulang jangan putih mata, ada yang sanggup biar cedera asal lawan tidak bolos, tidak kurang juga yang bertungkus lumus menjaga kubu pasukan daripada diserang lawan. Namun tidak kurangnya yang sengaja memberi bola mudah untuk pasukan lawan, agar ada serangan dari pihak lawan, dan pertahanan itu nampak bekerja keras untuk mempertahankan kubu.  Tetapi malangnya, barisan ini selalu disalahkan tatkala pasukan dibolosi gol dan selalunya barisan ini bukan menjadi “highlight” sekiranya pasukan itu memenangi satu perlawanan. Tentunya orang akan lebih ingat, kalahnya satu pasukan itu dalam perlawanan akhir kerana kecuaian barisan pertahanan daripada mengingati menangnya satu pasukan itu dalam perlawanan akhir kerana kemantapan barisan pertahanan. Hal ini tentu kerana suatu kemenangan tentu lebih dikaitkan dengan jaringan gol yang dihasilkan oleh barisan serangan.
Posisi terakhir: Penjaga gol

Penjaga gol merupakan benteng terakhir, yang menjadi penentu untuk keselamatan tiang gol andai pihak lawan berjaya melepasi semua barisan dalam pasukan. Penjaga gol hanya ada satu dalam setiap pasukan dan sememangnya penting, kerana serangan bertubi-tubi daripada pasukan lawan. Namun mana ada bumi tidak ditimpa hujan, sehebat mana penjaga gol, tetap ada bolosnya. Tetapi, lumrah manusia, yang diwar-warkan adalah bolos bukan berapa tepisan.


Berakhir dengan segala posisi masih ada satu entiti penting dalam satu pasukan:

Jurulatih dan barisan pembantu jurulatih:

Seorang jurulatih dan barisan pembantunya amat penting dalam memberi latihan dan tunjuk ajar kepada para pemain. Hal ini kerana segala tunjuk ajar amat penting agar para pemain dapat melakukan tindakan yang sewajarnya ketika berada di padang untuk perlawanan sebenar. Ketika di perlawanan sebenar, segala arahan jurulatih dari tepi padang sebenarnya kurang efektif, seorang pemain ketika dalam suatu perlawanan perlu tahu membuat keputusan sendiri secara wajar. Namun barisan jurulatih pula harus tidak mengamalkan “favoritism” seperti hanya pemain yang mengikut tunjuk ajar secara bulat-bulat akan digemari tetapi pemain yang tidak menggunakan teknik yang diajar secara bulat-bulat pula dikatakan tidak menyerlah walhal pemain itu telah “improvise” teknik untuk mendapat hasil yang lebih baik mengikut kreativiti. Para pemain pula janganlah terlalu “rigid” dengan garis panduan yang disediakan oleh jurulatih dengan harapan untuk mendapatkan tempat dalam pasukan walhal pemain itu mempunyai kelebihan yang lebih dari itu. Jurulatih pula harus sentiasa memberi dorongan dan semangat serta memberi perkongsian pengalaman tetapi haruslah mengelakkan daripada “oh saya dulu waktu saya jadi pemain, saya boleh buat skill tu, skill ini, sekarang kamu mahu tendang bola pun tidak tahu”. Andai benar boleh dan pernah melakukan skill itu Alhamdulillah, namun andai auta tidak adil buat pemain bawah latihannya.

Dapatlah kita simpulkan di sini bahawa dalam satu pasukan bola sepak semua posisi haruslah seimbang , andai ada satu yang rapuh  , pasukan itu juga ikut rapuh. Begitulah kita dalam Kelab UMNO Kaherah dan juga dalam kehidupan bermasyarakat. Bersatulah kita dalam melakukan semua perkara. Kita juga harus sentiasa ingat niat asal perjuangan kita. Perjuangan kita, perjuangan agama, bangsa dan negara. Perjuangan kita demi mempertahankan perjuangan nenek moyang kita serta memelihara generasi akan datang. Ingatlah, perjuangan kita bukanlah perjuangan peribadi, bukan perjuangan harta, bukan perjuangan untuk mendapatkan pingat, bukan perjuangan untuk mendapatkan penghargaan manusia, dan bukan jugalah perjuangan untuk menambah sengketa tetapi semata-mata untuk yang Esa. Sedarlah kita, masa depan negara berada di tangan kita, usahlah kita terus hanyut dengan keselesaan masa yang sebenarnya sudah suntuk. Semboyan sudah lama berbunyi, bukan untuk memerangi saudara sendiri tetapi untuk memperjuangkan hak yang hakiki.

Namun jangan terlalu leka dengan yang nampak megah tetapi lupa pada yang utama, kita harus sedar, perjuangan utama kita adalah untuk mendapatkan segulung ijazah yang akan menjadi tiket kepada perjuangan yang lebih jauh lagi di masa hadapan demi agama , bangsa, dan tanah air.
Sebelum mengundur diri sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan Kelab UMNO Kaherah sesi 2010/2011. Terima kasih kepada yang memberi sokongan, nasihat , kritikan dan bantuan kepada kelab. Tidak lupa juga setinggi penghargaan kepada individu yang sentiasa memberi sokongan secara peribadi kepada diri ini. Tanpa sokongan, tidak mungkin saya mampu bertahan menggalas amanah ini. Kepada kepimpinan sesi 2011/2012 selamat berkhidmat dan berusahalah membawa Kelab UMNO Kaherah ke arah kejayaan. Ingatlah amanah bukanlah sesuatu yang mudah, kita mensasarkan impak dan kesan yang besar, bukannya kerja dan cakap yang besar tetapi impak dan kesan tiada dan kecil. Tajdidkan niat kerana Allah SWT dalam semua gerak kerja yang dijalankan.

Andai di depan jangan lupa yang di belakang,
Berjuang jangan hanya mengejar penghargaan.
Pada dia yang sentiasa berada dibelakang;
Sejuta penghargaan saya dititipkan.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

 Dengan ini saya mengakhiri ucapan perpisahan saya sebagai Pengerusi Kelab UMNO Kaherah sesi 2010/2011 dan mengucapkan selamat datang kepada kehidupan saya sebagai seorang ahli yang sentiasa mendokong perjuangan kelab.

Sekian  

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Nukilan Wan Motor


Sepintas Lalu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Selesai juga program Futsal anjuran Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir dengan kerjasama IMAM dan Kelab UMNO Kaherah...

Pertama sekali, saya dari pembantu pegawai yang menjaga aktiviti pelajar melaka di mesir ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada Pengerusi IMAM, Syed Luqman Haim bin Syed Alwi dan Azizul yang bertungkus lumus di dalam program ini dari awal sehinggalah tamatnya program ini. tidak lupa kepada ahli AJKT IMAM dan Kelab UMNO Kaherah juga yang mengorbankan sedikit masa di dalam persiapan program ini diucapkan jutaan terima kasih ya...

Tahniah kepada pasukan yang telah menjadi juara !! 

walaupun pasukan yang saya wakili adalah pasukan pertama yang tersingkir.... saya bangga kerana sukan ini sebenarnya lebih merapatkan antara pegawai dan mahasiswa... :)







terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat ya...

Nukilan Wan Motor

Saturday, 4 February 2012

Masak-masak bersama pelajar di kediaman saya ...

Assalamualaikum...

wah... semenjak ketiadaan isteri saya di kaherah ni... rajin pelajar-pelajar yang nak membantu saya di rumah... gajin datang gumah dan masak untuk saya di rumah... baik diorang ni... tak kira dari pengajian islam mahupun perubatan... ramai yang ambil berat sejak isteri saya pulang ke malaysia atas kegugurannya baru2 ini....

inilah pelajar2 yang selalu membantu saya... hehehe... 










Kepada pelajar pengajian islam juga saya mengucapkan terima kasih kerana mengambil berat dan mengucapkan takziah kepada isteri saya yang keguguran pada hujung bulan 12 tahun lepas.. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pelajar melaka dan pelajar persendirian yang duduk di sekitar kaherah ini ya... 

Saya mendoakan anda semua berjaya di dalam menjalankan amanah di atas muka bumi ini ya... insyaallah.. sama-samalah kita lakukan dengan baik... semoga sama-samalah juga mendapat keberkatan dari ilahi... insyaallah...

Nukilan Wan Motor


Jom Amalkan Surah Al-Mulk ...

Assalamualaikum...

Hari ini takde apa yang ingin dikongsikan dengan sahabat-sahabat Nukilan Wan Motor melainkan ingin berkongsi link video Surah Al Mulk dengan anda semua... jom amalkan... :)


Bestkan alunan suara sheikh ni... :)

Nukilan Wan Motor

Friday, 3 February 2012

Menghantar Kepulangan Seorang Mahasiswa di Terminal 1 Kaherah

Assalamualaikum....

Hari ini walaupun cuti tetap juga menjalankan tugas sebagai pembantu pegawai... Alhamdulillah...

Hari ni saya dan Pengerusi Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Mesir Sau. Syed Luqman bin Syed Alwi telah menghantar seorang mahasiswa ke Terminal 1 Kaherah kerana pulang ke Malaysia untuk bercuti. 

Saya mendoakan agar perjalanan adik Mahadhir Akmal ke Malaysia selamat hendaknya... Adik Mahadhir menaiki Oman Air pada jam 6.30 petang ( 12.3omlm waktu malaysia) sebentar tadi (1.02.2012)






Selamat pulang Mahadhir Akmal... Semoga Allah merahmati perjalanan anda ya ...

Nukilan Wan Motor

Thursday, 2 February 2012

Anwar Ibrahim , Mat Sabu , PKR dan DAP di bantai sebegitu lumat !!!


Taknak bercakap apa-apa... Lihat sahaja video ini...


Nilai sendiri video Anwar Ibrahim di bawah ini yang menyokong Israel dan tidak menyokong Negara Islam..




Adakah PR hari ini berada di landasan yang benar hanya kerana PAS adalah sebuah Parti Islam ? sanggup bersekongkol dengan perjuangan yang menentang agama islam sendiri... fikir-fikirkanlah... Jangan jadi ahli yang terlalu fanatik... berhati-hatilah saudaraku...

Pesanan Rasulullah...

taatlah pada Allah
taatlah padaku (rasulullah)
taatlah pada ulil amri(selagi mana dia tak menyuruh kita melakukan kemaksiatan)

sedikit pesanan ringkas dari saya..

Hudud, Qisas dan Takzir adalah 3 hukum islam yang terkandung di dalam Al-Quran... mengapa negara-negara islam di arab misalnya, tidak melaksanakan hukum hudud tetapi mereka melaksanakan hukum Takzir... adakah dengan malaksanakan hukum Takzir bermakna sesebuah negara berkenaan boleh dikatakan kafir? Alhamdulillah... Malaysia juga melaksanakan hukum Takir terhadap rakyatnya dan tidak mengira kaum semuanya akan dikenakan hukuman..(fb)

follow twitter saya dengan klik di nama berkenaan... wanmotor_87  


Nukilan Wan Motor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...